Tarikh | : 4 Ogos 2018 |
Hari | : Sabtu |
Masa | : 3.00 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu anak-anak dan pelajar sekolah untuk menyiapkan kerja kursus Tahun 4. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalm pengurusan pembelajaran melalui online. Pada sesi kelas ini dijalankan, pihak petugas telah memberi pendekatan kepada pelajar bahawa pentingnya pembelajaran ICT pada masa kini serta pada masa akan datang dan memberikan kefahaman pendekatan Dunia Digital sebagai medium pembelajaran. Kelas ini juga banyak memberi impak positif kepada pelajar dan anak-anak kecil untuk lebih efisyen dengan pembelajaran Microsoft Office. Di samping itu, pihak petugas Pusat Internet telah memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti dan juga kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Internet kepada pelajar-pelajar sekolah. Pihak petugas juga telah menjalankan pemeriksaan tekanan darah ( i-health ) kepada ibu bapa dan juga pelajar yang hadir ke Pusat Internet Felda Jenderak Selatan.
Aktiviti
- Pembelajaran Microsoft Office Power Point
- Mengenali Asas Komputer
- Pemeriksaan Kesihatan ( i-health )
- Penerangan berkenaan Dashboard Komuniti