Nama |
AKTIVITI STEM DAN E-LEARNING BERSAMA PELAJAR |
Tarikh |
6 September 2024 (Jumaat) |
Masa |
9.30 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
NADi Felda Jenderak Selatan |
Peserta & Pengunjung |
20 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada alat dan teknologi digital yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran serta meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran STEM melalui pendekatan yang menarik dan menyeronokkan.
Aktiviti
Dengan menggabungkan aktiviti STEM dan e-learning, kita dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeluruh untuk kanak-kanak tabika, membantu mereka berkembang dengan lebih baik dalam pelbagai aspek. Aktiviti STEM sering melibatkan kerja berkumpulan yang membantu kanak-kanak belajar bekerjasama dan berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.
Nama |
AKTIVITI STEM DAN E-LEARNING BERSAMA PELAJAR |
Tarikh |
9 Ogos 2024 (Jumaat) |
Masa |
10.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi |
NADi Felda Jenderak Selatan |
Peserta & Pengunjung |
25 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada alat dan teknologi digital yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran serta meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran STEM melalui pendekatan yang menyeronokkan dan menarik.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang dijalankan pada aktiviti tersebut adalah Aktiviti STEM sering melibatkan kerja berkumpulan, yang membantu kanak-kanak belajar bekerjasama dan berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan aktiviti STEM dan e-learning memberikan konteks praktikal kepada konsep-konsep yang dipelajari, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.
Nama |
PENDAFTARAN PADU |
Tarikh |
23-25 Januari 2024 (Selasa - Khamis) |
Masa |
9:30 pagi - 4:30 petang |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta & Pengunjung |
150 Orang |
Tujuan
PADU bermaksud Pangkalan Data Utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” kearah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Tujuan pendaftaran PADU ini dijalankan adalah bagi membantu komuniti / rakyat supaya tidak terlepas daripada subsidi dan bantuan bersasar daripada kerajaan secara lebih optimum dan juga efisien.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang telah dilakukan semasa pendaftaran PADU adalah seperti pemngumpulan maklumat peribadi, pengesahan identiti, pengisian maklumat tambahan, pembayaran yuran serta yang berkaitan.
Nama |
FUN WALK 5 KM SEMPENA HARI PENEROKA |
Tarikh |
7 Julai 2024 (Ahad) |
Masa |
8.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
Felda Jenderak Selatan |
Peserta & Pengunjung |
150 Orang |
Tujuan
Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Karnival Segalanya Felda ini dijalankan bagi memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian kita. Program ini dijalankan di semua Felda dan Felda Jenderak Selatan adalah salah satu yang mengikuti program ini.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah bagi meraikan pencapaian komuniti Felda dan juga untuk menginspirasikan kerjasama dan inovasi dalam kalangan ahlinya. Bagi mengumpul kalangan kesemua komuniti dalam membentuk suasana yang harmoni dengan mengadakan aktiviti ini. Di samping itu, program tersebut juga dapat mengumpul semua komuniti untuk bersama-sama gotong-royong mengutip sampah sambil berjalan mengelilingi rancangan sejauh 5km.
Nama |
KELAS USAHAWAN SHOPEE / PEMASARAN DIGITAL |
Tarikh |
29 November 2023 ( Isnin ) |
Masa |
9:00 pagi - 12:00 tengahari |
Lokasi |
PUSAT KOMUNITI DESA KG SRI KETUMBIT, KERDAU |
Peserta & Pengunjung |
12 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan bagi memberi pembelajaran dan pendedahan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan dari pelbagai akses kepada internet, memberikan fleksibiliti dalam jadual kerja serta menggunakan pelbagai strategi pemasaran digital seperti pengiklanan dan pemasaran media sosial untuk mencapai pelanggan sasaran.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti tersebut di antaranya seperi memberi pendedadahan teknologi ICT kepada para usahawan di samping dapat merapatkan jurang digital antara usahawan Luar Bandar dan Bandar. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadikan PEDi sebagai pusat Informasi dan Transformasi kepada usahawan serta dapat melahirkan usahawan yang mahir dalam menggunakan peralatan ICT dalam urusan harian.