Pelajar IPT ini amerupakan penduduk tempatan yang berasal daripada suku kaum Orang Asli dan beliau telah menggunakan perkhidmatan di PEDI bagi mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas untuk memasuki kelas online. Untuk makluman semua, pelajar ini ditawarkan ke IPT dan beliau telah berdaftar pada awal September 2023 serta pembelajaran beliau baru bermula melalui media online.

Amalan Asyura merupakan aspek penting yang diberikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat Asyura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan yang bertambah dalam pentadbiran sesebuah kerajaan atau organisasi. Program Asyura juga adalah program dimana pada setiap tahun akan dijalankan dimana Program ini dapat memberi manfaat dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tabika Kemas Felda Jenderak Selatan juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan para ibu bapa untuk menjalankan program asyura. Ibu bapa dan juga guru dapat berkumpul bersama-sama dalam menjalankan aktiviti asyura tersebut.

 

IMG20230715171108 IMG20230715153512 IMG20230715170904-1

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif dan sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata.

Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.