AMNI NUR RAISYA BINTI RAZLAN

Umur : 9 Tahun
Emel : 
No Telefon
Tahun Menjadi Ahli NADI : 2023
Alamat

: No. 74 Felda Jenderak Selatan, 28050 Kuala Krau,
  Temerloh Pahang


Latar Belakang

Adik Amni Nur Raisya Binti Razlan merupakan cucu peneroka yang tinggal di rancangan Felda Jenderak Selatan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Selatan. Beliau juga merupakan ahli yang berdaftar dengan NADi Felda Jenderak Selatan pada tahun yang lalu dan beliau amat sering menggunakan perkhidmatan di NADi Felda Jenderak Selatan di mana NADi ini terletak berhampiran dengan rumah neneknya.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada peringkat awalan penglibatan Amni di NADi, ianya hanya ingin bersama-sama rakannya menyertai kelas yang diadakan dan beliau amat kerap menggunakan perkhidmatan di NADi seperti cetakan dan fotostat. Selain itu, beliau kerap menggunakan komputer dimana beliau amat gemar menononton Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas itu, beliau berasa amat tertarik dengan perkhidmatan dan juga kelas yang telah dianjurkan oleh pihak NADi dan neneknya juga sangat bersetuju apabila beliau menyatakan bawaha di NADi ini bukan hanya terdapat perkhidmatan fotostat dan juga cetakan sahaja, malah petugas amat gemar menarik minat serta menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam segala aktiviti yang akan di anjurkan. NADi ini terletak berhampiran dengan tempat tinggalnya dan beliau lebih mudah untuk hadir ke NADi tanpa mengira waktu apabila beliau ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, petugas NADi juga memberi pendedahan kepada beliau dalam penggunaan komputer dimana beliau seorang yang sangat mudah menerima ilmu yang di ajar oleh petugas NADi. Sejak daripada itu,beliau sering mengikuti kelas komputer seperti MS Office (MS Office Word, MS Power Point, MS Excel). Oleh itu, dengan keberhasilan beliau dalam mempelajari semua yang berkaitan dengan menggunakan komputer dan juga internet, kini beliau sering membuat kerja yang telah ditugaskan oleh gurunya dengan menggunakan kemudahan yang ada di NADi dan beliau amat seronok dengan ada nya ilmu pengetahuan berkenaan pendigitalan pada masa kini. Namun begitu, setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADi , tugasan beliau menjadi lebih mudah dan senang. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya perkhidmatan yang disediakan di NADi Felda Jenderak Selatan.