HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 , Jengka , Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit . Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan .
Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait . Gua-gua di sini dibawah penjagaan PERHILITAN NEGERI PAHANG .
Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini . Antaranya :-
- Semasa SULTAN PAHANG sampai di kaki gunung tersebut , baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun , tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum dan diberi nama "GUNUNG SENYUM"
Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh dikunjungi melalui jalan darat daripada bandar Temerloh atau Jerantut .
Pada dahulu kalanya , hutan lipur ini tidak boleh di kunjungi melalui jalan Kuala Krau , tetapi apabila Jambatan yang menghubungkan pekan Kuala Krau dengan Kampung Rumpun Makmur siap dibina , Hutan Lipur Gunung Senyum ini sudah boleh di kunjungi melalui pekan Kuala Krau .
Selain itu , terdapat juga aktiviti yang dijalankan pada setiap tahun . Tujuan program tersebut dijalankan untuk :-
- Menggalakkan para peserta untuk belajar cara hidup bermasyarakat berbilang kaum yang berkonsepkan "Experimental Learning" yang sejajar dengan Kerajaan 1 Malaysia .
- Memupuk semangat kerjasama dan sepakat sesama sendiri di kalangan para pelajar , guru , rakan-rakan serta masyarakat sekeliling .
- Memberi kesedaran mengenai keindahan alam ciptaan ilahi .
PERLAKSANAAN PROGRAM.
- Program ini berlangsung dengan penglibatan serta di kendalikan oleh Jurulatih Rekreasi Kebangsaan serta Fasilitator yang berpengalaman.
- Para peserta juga akan di kendalikan oleh Jurupandu ( Guide ) yang mahir dengan persekitaran dan mempunyai Sijil Asas Rekreasi Kebangsaan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Sukan .
- Mereka ini cukup mengenali tentang flora dan fauna serta habitat persekitaan .
- Keindahan alam ciptaan ilahi yang tidak terdapat di tempat lain akan menjanjikan pengalaman yang tidak terhingga kepada semua pengunjung disamping mendidik serta merubah pemikiran dan persepsi remaja sekarang .
Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di tempat ini adalah :-
View the embedded image gallery online at:
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIddebb5f9eb2
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIddebb5f9eb2