Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Karnival Segalanya Felda ini dijalankan bagi memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian kita. Program ini dijalankan di semua Felda dan Felda Jenderak Selatan adalah salah satu yang mengikuti program ini. 

Di antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah bagi meraikan pencapaian komuniti Felda dan juga untuk menginspirasikan kerjasama dan inovasi dalam kalangan ahlinya. Bagi mengumpul kalangan kesemua komuniti dalam membentuk suasana yang harmoni dengan mengadakan aktiviti ini. Di samping itu, program tersebut juga dapat mengumpul semua komuniti untuk bersama-sama gotong-royong mengutip sampah sambil berjalan mengelilingi rancangan sejauh 5km.

Majlis berkhatan beramai-ramai merupakan acara di mana sekelompok anak lelaki secara bersama-sama menjalani proses berkhatan. Secara keseluruhan, mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai bukan hanya merupakan acara keagamaan semata-mata, tetapi juga merupakan satu tradisi sosial dan budaya yang memperkukuhkan komuniti dan memupuk nilai-nilai positif dalam masyarakat.

 

PENGURUS PEDI

PUAN MASLINA BINTI BAHARIN

PENOLONG PENGURUS PEDI

PUAN NOR HASIMA BINTI AWANG NGAH

PARLIMEN KUALA KRAU

YB TUAN HAJI KAMAL BIN SHAARI

ADUN JENDERAK

YB DATO RODZUAN BIN ZAABA

PENGURUS FELDA

ENCIK MOHD FIRDAUS BIN KAMARUDIN

KETUA PENEROKA

ENCIK MAKSOR BIN MOHAMAD

KETUA GPW

PUAN KAMARIAH BINTI CHE LAH

PEMBANGUNAN FELDA JENDERAK SELATAN

TAHUN 1970

KELUASAN TANAMAN

1780 HENTAR

KELUASAN RANCANGAN

98 HEKTAR

BANGSA

MELAYU & ORANG ASLI BERHAMPIRAN

SEKTOR PERTANIAN

TANAMAN SAWIT & TANAMAN GETAH

JUMLAH PENEROKA

315 ORANG

JUMLAH KOMUNITI

1500 ORANG

KEMASUKAN PENEROKA

TAHUN 1974 ( PERINGKAT 01 )
TAHUN 1976 ( PERINGKAT 02 )

Masjid Al-Amin Felda Jenderak Sleatan telah dinaiktarafkan kepada 5 bintang. Berusaha ke arah 5 bintang ni, telah banyak tenaga, usaha dan buah fikiran yang telah dikorbankan. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah buat semua AJK dan warga Felda Jenderak Selatan yang telah memberikan komitmen yang tinggi untuk pencapaian masjid ini. Insya Allah, kita cuba kekalkan penarafan ini untuk tahun ini pula, dan cuba untuk mendapatkan ranking yg lebih baik. Banyak lagi usaha dan wang ringgit yang perlu dilaksanakan selepas ini.