PUAN NUR KHALIDA BINTI MAT NOR

Umur : 36 Tahun
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Telefon
Tahun Menjadi Ahli NADI : 2017
Alamat

: No. 369 Felda Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau,
  Temerloh Pahang


Latar Belakang

Puan Nur Khalida Binti Mat Nor kini berumur 36 tahun dan merupakan merupakan anak kepada peneroka rancangan Felda Jenderak Utara danbeliau menetap di Felda Jenderak Selatan. Beliau juga merupakan menantukepada peneroka dalam rancangan Felda Jenderak Selatan. Beliau berpindah dan menetap di Felda Jenderak Selatan selama 10 tahun sejak beliau berkahwin. Rumah kediaman beliau berhampiran dengan NADi dan beliau juga mula menjadi ahli NADi pada tahun 2017. Beliau amat kerap menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADi dan beliau juga adalah merupakan salah satu di antara komuniti yang sangat aktif sejak mendaftar sebagai ahli NADi serta melibatkan diri dengan aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak NADi Felda Jenderak Selatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada peringkat awalan penglibatan Puan Khalida di NADi, ianya hanya ingin memohon petugas untuk mengajar beliau berkenaan perbankan dalam talian dimana para pelanggan beliau yang sering menggunakan pembayaran secara dalam talian. Beliau agak kurang faham dalam aktiviti melalui internet dan juga yang melibatkan penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan menyedari kepentingan dalam menggunakan perbankan dalam talian, beliau sering hadir ke NADi Felda Jenderak Selatan untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran perbankan dalam talian. Di samping itu, petugas NADi juga memberi pendedahan kepada beliau dalam penggunaan komputer bagi menguruskan fail yang sistematik bagi melihat aktiviti keluar masuk kewangan perniagaan beliau. Sejak daripada itu,beliau sering mengikuti kelas komputer seperti MS Office (MS Office Word, MS Power Point, MS Excel). Di samping itu, beliau juga mohon tunjuk ajar daripada petugas dalam aktiviti pengemaskinian data di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kini, beliau telah mahir dalam membuat pengurusan aliran tunai perniagaan dan pelbagai dokumentasi dengan lebih teratur dan sistematik. Namun begitu, setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADi , tugasan beliau menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga dapat menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini, beliau banyak menerima tempahan secara dalam talian. Kini pendapatan beliau juga agak meningkat dan sangat memberangsangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengn adanya perkhidmatan yang disediakan di NADi.