Mohamad Bin Ariffin yang lebih dikenali dengan nama panggilannya iaitu Huri di Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan Ruminan. Antara ternakan yang di ternak sendiri adalah seperti Kambing dan Lembu. Lokasi perusahaan adalah di Felda Jenderak Selatan iaitu berdekatan dengan ladang miliki bapanya. Beliau merupakan seorang anak muda yang telah berjaya dalam bidang keusahawanannya dan beliau juga merupakan anak peneroka di Felda Jenderak Selatan yang berusia 35 tahun. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam rancangan Felda Jenderak Selatan. 

Bermulanya beliau menceburi bidang keusahawanan ini dengan menternak ternakan kambing secara kecil-kecilan untuk memperluaskan perniagaannya dengan hasil ternakan yang semakin hari semakin meningkat. Kini perniagaannya semakin berkembang dengan permintaan daripada ramai pembeli untuk daging kambing dan juga ternakan hidup. Kini juga perniagaan beliau semakin berkembang dengan pertambahan produk iaitu Produk Kesihatan Deā€™Asia White Coffee dan juga Tanaman Pisang. Dengan hasil tanaman itu, beliau memproses dengan menghasilkan kerepek pisang yang sangat menarik minat ramai pembeli. Namun sekarang, beliau telah memperluaskan jualannya di kedai-kedai dalam rancangan Felda Jenderak Selatan dan juga kawasan luar. Malah beliau memperluaskan produk beliau di dalam Page Dashboard My Shop dan juga di dalam akaun Facebook beliau sendiri.

Bermulanya perniagaan, beliau tiada pendapatan bulanan yang tetap kerana perniagaan beliau tidak mendapat sambuatan yang sangat menggalakkan. Namun kini, perniagaqaan beliau semakin mendapat perhatian ramai setelah mendapat pendedahan dengan jualan produk perniagaan beliau yang semakin memberangsangkan. Jumlah produk dan pelanggan semakin bertambah kerana hasil perniagaan beliau mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari rakan-rakan dan juga pembeli dari dalam dan juga kawasan-kawasan tertentu.

Kursus e-USAHAWAN MDEC talah berlangsung pada :-

Hari          : Ahad

Tarikh       : 12 November 2017

Tempat     : PI1M Felda Jenderak Selatan

Masa         : 8.30 pagi - 2.30 petang

Hampir semua penduduk di Felda Jenderak Selatan adalah di kalangan peneroka, namun terdapat juga yang terlibat dalam bidang keusahawanan mengikut pecahan. Antaranya :-

 

   PUAN ROZINAH BINTI SEMAN

   KEDAI MARA FELDA JENDERAK SELATAN

         28050 KUALA KRAU, TEMERLOH

         PAHANG DARUL MAKMUR.

    JUALAN KEREPEK PISANG




    PUAN ADIEZA BINTI ADENAN

                                                              NO 72 FELDA JENDERAK SELATAN                                                                 

 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH

      PAHANG DARUL MAKMUR.

   JUALAN KEK DAN KUIH


                     PUAN NOR FADILAH BINTI ZAINI         

            FELDA JENDERAK SELATAN

             28050, KUALA KRAU, TEMERLOH

           PAHANG DARUL MAKMUR.

           JUALAN PELBAGAI JENIS TUDUNG

      Di Felda Jenderak Selatan, usahawan terdiri daripada anak-anak peneroka Felda sama ada yang tingaal di luar dan di dalam Felda Jenderak Selatan. Anak peneroka feldada Jenderak Selatan yang telah menjadi usahawan-usahawan tani, kontraktor, peniaga ramai yang menjalankan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga pinjaman TEKUN.