Tujuan mengadakan Tadarus Al-Quran bukan sekadar membaca dan menghafal, tetapi ia juga merupakan perkara sebagai saranan untuk mendekatkan diri kepada Allah, meningkatkan pemahaman agama, dan membentuk keperibadian yang Islami. Di samping itu, majlis ini juga dapat meningkatkan kecintaan dan keimanan kepada Al-Qur'an sebagai petunjuk hidup, dapat membantu dalam pemahaman dan penelitian makna ayat-ayat Al-Qur'an serta mendalami tafsir dan hikmah di dalamnya serta dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian bagi rancangan yang terpilih ke peringkat suku akhir bagi pertandingan Anugerah Kecemerlangan & Keceriaan Rancangan ( AKKR ) Felda. 

Petugas telah dijemput untuk bekerjasama bersama Pejabat Felda untuk menjadi juri pertandingan papan tanda blok. Pada hari kejadian penolong pengurus dan SDA Felda telah pergi dari blok ke blok sebanyak 24 blok untuk membuat saringan awal bagi menentukan papan tanda blok yang layak ke dimenangi.

Antara syarat pertandingan bagi papan tanda yang penting adalah dalam bentuk keceriaan, kebersihan, senarai nama-nama peneroka, laman dapur, penandaan bagi kebun dapur dan juga kata-kata hikmah / pantun di setiap papan tanda blok. 

Bermula dari lawatan 24 sehingga ke Blok 6 dapat dirumuskan bahawa komunti setempat mempunyai idea yang sangat kreatif untuk menambah baik dan mencantikkan lagi kawasan papan tanda blok mereka. Pertandingan ini juga dapat menggalakkan lagi ahli-ahli blok supaya lebih aktif, kreatif serta bekerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan blok masing-masing. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :-

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori dari pihak industri bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan. Tujuan kursus ini dilaksanakan bagi Ahli Jawatankuasa dalam komuniri rancangan adalah untuk menerangkan konsep Amalan 5S secara umum, memberi panduan asas pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan / Agensi dan juga menerangkan kaedah pelaksanaan audit dalam Amalan 5S kepada Jabatan / Agensi.

5S bermaksud :-

1. SISIH

2. SUSUN

3. SAPU

4. SERAGAM

5. SENTIASA AMAL

Sub-kategori