×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasafelda/pahang/feldajenderakselatan/images/kelasgpw
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/kelasgpw

Mesyuarat Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini telah dijalankan pertama kali pada sesi 2018-2021 pada tahun ini. Ahli Jawatankuasa Gerakan Persatuan Wanita ini telah dilantik untuk menjaga kebajikan-kebajikan komuniti Rancangan Felda Jenderak Selatan.

MAJLIS TAHLIL & YASIN FEBRUARI 2018

Majlis Tahlil & Yasin di Pi1M agak kerap dijalankan oleh kerana persatuan-persatuan wanita dan juga ahli kelab mengaji Al-Quran Felda Jenderak Selatan telah giat aktif dalam menjalankan program-program seperti ini di dalam rancangan. Kelab mengaji Al-Quran dijalankan pada setiap petang di perkarangan bangunan GPW felda Jenderak Selatan manakala persatuan-persatuan wanita pula telah menjalankan bacaan Yasin dan Tahlil ini pada setiap minggu mengikut giliran rumah yang ingin mengadakan Bacaan Yasin dan tahlil ini. Kami juga agak kerap mengikuti program dan menjemput ahli-ahli persatuan ini untuk terus mengadakan program keagamaan seperti ini di PI1M Felda Jenderak Selatan. 

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Dengan kesedaran inilah pihak Masjid Al-Mukiminin mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah hasrat yang cuba diketengahkan kepada beli Felda Jenderak Selatan supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah seorang yang beriman lagi bertaqwa.

 

Jamuan ini diadakan sempena pembukaan tahun 2018 menjelma dan Team Get's Fit Felda Jenderak Selatan ingin meneruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2017.

TARIKH     : 7 JANUARI 2017

HARI          : AHAD 

MASA         : 8.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT    : DEWAN SEMAI BAKTI FELDA JENDERAKSELATAN

 

Program ini dijalankan pada setiap minggu oleh Persatuan Wanita Felda Jenderak Selatan. Program ini telah giat aktif selama dua tahun sehingga ke hari ini. Program ini juga telah menarik minat masyarakat kampung untuk menjemput Persatuan Wanita ini untuk menjalankan aktiviti agama ini pada setiap kaliberlangsungnya kenduri kendara di kampung ini. Selain itu juga, program ini juga akan dijalankan pada setiap hari jumaat.

Sub-kategori