Petugas telah dijemput untuk bekerjasama bersama Pejabat Felda untuk menjadi juri pertandingan papan tanda blok. Pada hari kejadian penolong pengurus dan SDA Felda telah pergi dari blok ke blok sebanyak 24 blok untuk membuat saringan awal bagi menentukan papan tanda blok yang layak ke dimenangi.
Antara syarat pertandingan bagi papan tanda yang penting adalah dalam bentuk keceriaan, kebersihan, senarai nama-nama peneroka, laman dapur, penandaan bagi kebun dapur dan juga kata-kata hikmah / pantun di setiap papan tanda blok.
Bermula dari lawatan 24 sehingga ke Blok 6 dapat dirumuskan bahawa komunti setempat mempunyai idea yang sangat kreatif untuk menambah baik dan mencantikkan lagi kawasan papan tanda blok mereka. Pertandingan ini juga dapat menggalakkan lagi ahli-ahli blok supaya lebih aktif, kreatif serta bekerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan blok masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :-
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/347-pemarkahan-pertandingan-papan-tanda-blok#sigFreeId04760fd024