peta jalan temerloh

Di PEDI Felda Jenderak Selatan mempunyai 2 orang petugas telah ditempatkan bagi membantu komuniti-komuniti yang hadir tidak kira dari komuniti Felda sendiri mahupun dari kawasan perkampungan Orang Asli yang berdekatan. Berikut adalah maklumat peribadi petugas bagi memudahkan komuniti menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan mahupun untuk menggunakan perkhidmatan di PEDI.

Felda jenderak Selatan terletak di tengah-tengah di antara bandar Jerantut dan Temerloh. Jarak ke bandar Jerantut ialah 42km dan jarak ke Bandar Temerloh ialah 49km. Pekan yang terdekat dengannya ialah Pekan Kuala Krau.

Pusat Internet (PEDI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd telah mewujudkan (PEDI) Felda Jenderak Selatan untuk memberi kemudahan serta peluang dalam kalangan penduduk di sekitar Felda Jenderak Selatan dan sekitar Pekan Kuala Krau amnya , untuk mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar . Kewujudan (PEDI) Felda Jenderak Selatan juga diharap dapat menjadi rantaian teknologi maklumat bagi masyarakat Felda Jenderak Selatan dalam merangkaikan rangkaian internet sedia ada seperti di sekolah-sekolah, pusat kesihatan, kerajaan elektronik serta badan bukan kerajaan.

 

Saksikan Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob secara langsung di Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM), RTM dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 21 November 2021 (Ahad), jam 9.00 pagi.

PEDI

IMG-20210530-WA0164

Untuk makluman warga komuniti dan juga pengguna PIK Felda Jenderak Selatan, PIK tidak beroperasi bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Walaupun operasi PIK ditutup sementara, kami tetap boleh membantu penduduk setempat tanpa berjumpa secara bersemuka untuk urusan-urusan penting online sahaja.