peta jalan temerloh

 

Di PEDI Felda Jenderak Selatan mempunyai 2 orang petugas telah ditempatkan bagi membantu komuniti-komuniti yang hadir tidak kira dari komuniti Felda sendiri mahupun dari kawasan perkampungan Orang Asli yang berdekatan. Berikut adalah maklumat peribadi petugas bagi memudahkan komuniti menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan mahupun untuk menggunakan perkhidmatan di PEDI.

 


PENGURUS


PENOLONG PENGURUS

MASLINA BINTI BAHARIN
FELDA JENDERAK UTARA, TEMERLOH PAHANG 

NOR HASIMA BINTI AWANG NGAH
KAMPUNG BUKIT KENING, CHENOR PAHANG

 

PARLIMEN

YB TUAN HAJI KAMAL BIN SHAARI

ADUN JENDERAK

YB DATO RODZUAN BIN ZAABA

PENGURUS FELDA JENDERAK SELATAN

TUAN MOHD FIRDAUS BIN KAMARUDIN

TAHUN PEMBANGUNAN

TAHUN 1970

KELUASAN TANAMAN

1780 HEKTAR

KELUASAN KAMPUNG

98 HEKTAR

BANGSA

MELAYU & ORANG ASLI BERHAMPIRAN

SEKTOR PERTANIAN

TANAMAN SAWIT & TANAMAN GETAH

PENEROKA

238 ORANG

KEMASUKAN PENEROKA

TAHUN 1974 (PERINGKAT 01)

TAHUN 1976 (PERINGKAT 02)

 

Felda jenderak Selatan terletak di tengah-tengah di antara bandar Jerantut dan Temerloh. Jarak ke bandar Jerantut ialah 42km dan jarak ke Bandar Temerloh ialah 49km. Pekan yang terdekat dengannya ialah Pekan Kuala Krau.

Pusat Internet (PEDI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd telah mewujudkan (PEDI) Felda Jenderak Selatan untuk memberi kemudahan serta peluang dalam kalangan penduduk di sekitar Felda Jenderak Selatan dan sekitar Pekan Kuala Krau amnya , untuk mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar . Kewujudan (PEDI) Felda Jenderak Selatan juga diharap dapat menjadi rantaian teknologi maklumat bagi masyarakat Felda Jenderak Selatan dalam merangkaikan rangkaian internet sedia ada seperti di sekolah-sekolah, pusat kesihatan, kerajaan elektronik serta badan bukan kerajaan.