TEMERLOH,BANDAR IKAN PATIN

 

      ASAL USUL BANDAR TEMERLOH

 

          Menurut Hikayat melayu dahulukala , wujud seorang anak raja dari minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau.Mereka berlayar ke Daik dan terus menghala ke Pahang. Setelah mendapat perkenan Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah menyusur Sungai Pahang. Setelah beberapa lama, Perahu itu pun tiba di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau di Daerah Maran.Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.

          Malang nasib, kewujudan mereka tidak diterima penduduk disitu.Maka, berpergian lah mereka semua ke Sungai Pahang semula dan mendapati ramai penduduk orang asli yang berada di sekitar sungai di kiri dan kanan.Maka, nekad si Sujudbilang dan abang-abangnya untuk berbuat baik kepada orang asli yang dijumpai.

         Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli, pasti disinggah mereka.Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli itu.Begitula cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui.Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun.Setiba disana, mereka pun naik ke darat membawa garam dan tembakau.Sejak itu, hubungan Sujudbilang dan Batin Seridun semakin erat dan kukuh.Kesepakatan mereka dapat dilihat apabila mereka bersama-sama keluar mencari barang-barang makanan. Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang disusun daun-daun kering mengelilingi unggun api.Bagi kaum perempuan pula ditempatkan di suatu tempat khas berasingan dari kaum lelaki.

         Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah 'Mereloh'.Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dipanggil sebagai tempat 'Mereloh'.Oleh kerana perkataan 'Mereloh' itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang disebut.Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun pula semakin erat kerana Sujudbilang menikahi Bakoi, anak gadis Batin Seridun.Dengan perkahwinan itu, telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah Di ISLAM kan oleh Sujudbilang.Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.

         Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantandan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".

Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato' Hj. Tarif Bin Abdul Rahman. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.

Antara Monumen dan Tempat Bersejarah di Temerloh :-

v  Masjid Lama Kg. Songsang

v  Makam Sultan Abdul Jalil, Kuala Krau

v  Kg. Lubuk Terua

v  Balai Polis Kuala Krau

v  Stesyen Keretapi Kuala Krau

v  Taman Kenangan (Victory Park)

v  Kediaman Pegawai Daerah

v  Istana Sri Udara

v  Tugu King George (belakang Pejabat Daerah)

v  Masjid Lama Kg Lebak

v  Jambatan Temerloh

v  Lurah Semantan

v  Pusara sasterawan negara allahyarham Pak Sako di kg Bukit Segutang, Buntut Pulau

v  Kediaman dan pusara Dato' Sudirman Hj Arshad

v  Gudang Beras

v  Pusara polis yang gugur semasa darurat, Tanah Perkuburan Islam Kg. Lubuk Serdang, Mentakab

 

Antara Tokoh Kelahiran Temerloh :-

v  Sudirman Haji Arshad - penyanyi dan penghibur nombor 1 Asia (1984-1992) *Anak jati Kg. Chengal

v  Tan Sri Yahya Mohd Seh- Bekas Menteri Besar Pahang

v  Dato' Abu Samah Mohamad Kassim - Pegawai Daerah Temerloh tahun 1945

v  Dato' Awang Ngah

v  Dato' bahaman- Pejuang menentang penjajah Inggeris

v  Dato' S.roomainor - Seniman

vAbdul Rahman Talib - Menteri Pelajaran Malaysia

v KAmaruzaman Teh - Nasionalis

vChe Puan Ramlah Dahalan - Nasionalis

v Satar hj Dahan - Nasionalis

v Pak Sako - Sasterawan & Nasionalis 

SEKOLAH MENENGAH :-

  •     Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah

v  Sekolah Menengah Agama Al-Wosto

v  Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyah Guai.

v  Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

v  Sekolah Menengah Vokasional Puteri

v  Sekolah Menengah Teknik Temerloh

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Bahagia

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Hwa Lian

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab

SEKOLAH RENDAH :-              

 

  •     Sekolah Rendah Sungai Gau                                         

 

  •     Sekolah Rendah Agama Al-Mukmin                                

 

  •     Sekolah Rendah Agama Al-Taqwa                                 

 

  •     Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang                     

 

  •     Sekolah Kebangsaan Paya Ara                                    

 

  •     Sekolah Kebangsaan (Felda) Lakum                  

 

  •     Sekolah Kebangsaan Batu Kapor                                      

 

  •     Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang                               

 

  •     Sekolah Kebangsaan Lubok Terua                                  

 

  •     Sekolah Kebangsaan Bolok                                            

 

  •     Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung                                   

 

  •     Sekolah Kebangsaan Sanggang                                    

 

  •     Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang                        

 

  •     Sekolah Kebangsaan Bintang                                       

 

  •     Sekolah Kebangsaan Telok Sentang                          

 

  •     Sekolah Kebangsaan Paya Taram                                

 

  •     Sekolah Kebangsaan Kerdau                                         

 

  •     Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang                                 

 

  •     Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal                                   

 

  •     Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi                          

 

  •     Sekolah Kebangsaan Batu Sawar                                 

 

  •     Sekolah Kebangsaan Jenderak                                       

 

  •     Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum                            

 

  •     Sekolah Kebangsaan Kuala Krau                                      

 

  •     Sekolah Kebangsaan Paya Pulai

 

       

               JERANTUT, BANDAR TAMAN NEGARA

 

 

ASAL USUL BANDAR JERANTUT

 

Asal usul Bandar Jerantut sendiri mempunyai banyak versi nya, antara nya ialah :-

1.    Kata Orang-orang tua dahulu bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang awam "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan Jeram di tengah-tengah Sungai Pahang.Sebelum tibanya perkataan "Jerantut", Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaiti satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalan dari Lipis ke Kuantan.Pada tahun 1914, "Simpang 4" ditukar kepada "jerantut"

 

2.    Mengisahkan pemburu dimana asal usul nama Jerantut dikaitkan dengan kisah orang kampung mendapat hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka je Jeram dan apabila mereka tiba di Jeram, mereka akan bertanya sesama mereka dimanakah buruan itu ? mereka akan menjawab ke "Jeram tu.." "Jeram tu.." , lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini adalah Jerantut.

               Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

              Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :

  1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
  2. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
  3. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
  4. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
  5. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
  6. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis
  7. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.

                Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba KenongGua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang AsliGunung TahanGunung Benom, dan Pusat Penyelidikan Rafflesia.

 

Visi Majlis Daerah Jerantut

  • Memajukan semua sektor ke arah mewujudkan kekuatan dan kemantapan ekonomi, kesejahteraan hidup dan keadilan sosial bagi Daerah Jerantut

Misi Majlis Daerah Jerantut

  • Merealisasikan Majlis Daerah Jerantut sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang maju dan makmur berteraskan pengurusan yang dinamik dan progresif berlandaskan kepada pengurusan sumber dan personel yang produktif menjelang tahun 2020

 

Matlamat

  • Matlamat utama Majlis Daerah Jerantut ialah untuk menjelaskan bandar sebagai pusat pertumbuhan yang maju, indah, bersih dan tersusun serta mempunyai kemudahan-kemudahan bertaraf perbandaran.

Objektif

  • Merancang dan menggalakkan pembangunan secara lebih sistematik dan selaras dengan dasar-dasar Majlis Daerah Jerantut.
  • Mewujudkan suasana pembangunan yang bersesuaian bagi menjadikan Jerantut sebagai pintu masuk utama pelancong.
  • Membuat penelitian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan penyertaan Bumiputra di pelbagai sektor perdagangan.
  • Menentukan arah dan corak pembangunan serta penggunaan tanah terutamanya untuk pembangunan baru dan pembangunan semula selaras dengan struktur dan fungsi penempatan.
  • Meningkatkan susunan fizikal bandar serta memperbaiki sistem lalulintas semasa dengan keperluan yang bersesuaian.