251539224 496697158485437 3021292694283061508 n

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Pakej Peranti Keluarga Malaysia membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma. Nikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G melalui teknologi VoLTE dan miliki peranti dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan. Pakej ini termasuk 1GB data percuma setiap hari untuk aktiviti produktiviti 🤩
𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐑𝐄𝐌𝐀𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah. Hanya RM10 sebulan (dibayar untuk tiga bulan/RM30), anda akan mendapat 20GB data untuk tempoh tiga bulan. 1GB data (jumlah keseluruhan 90GB) turut diberikan secara percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta Internet asas tanpa had.
Pengguna boleh lakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari Internet, sesi pembelajaran dalam talian dan aktiviti Bekerja Dari Rumah (WFH) tanpa kekangan data. Bagi 20GB data, ia boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video ataupun permainan dalam talian. Ini boleh membantu pengguna untuk merehatkan diri dengan kebolehan untuk hiburan 😁
Jom manfaatkan pakej ini! Layari Pembekal Perkhidmatan berikut untuk info lanjut: