Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Karnival Segalanya Felda ini dijalankan bagi memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian kita. Program ini dijalankan di semua Felda dan Felda Jenderak Selatan adalah salah satu yang mengikuti program ini. 

Di antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah bagi meraikan pencapaian komuniti Felda dan juga untuk menginspirasikan kerjasama dan inovasi dalam kalangan ahlinya. Bagi mengumpul kalangan kesemua komuniti dalam membentuk suasana yang harmoni dengan mengadakan aktiviti ini. Di samping itu, program tersebut juga dapat mengumpul semua komuniti untuk bersama-sama gotong-royong mengutip sampah sambil berjalan mengelilingi rancangan sejauh 5km.