Felda Jenderak Selatan telah menubuhkan satu persatuan bagi kaum wanita yang dikenali sebagai GPW atau Gerakan Persatuan Wanita. Pembabitan GPW sejak bertahun dahulu adalah  untuk membantu melancarkan program-program anjuran felda selain daripada AJK yang dilantik adalah mewakili setiap blok yang ada di Jenderak Selatan tetapi oleh kerana ini adalah persatuan Wanita, maka wakil yang dipilih adalah dikalangan komuniti wanita untuk dilantik sebagai Ketua Blok sekaligus menjadi AJK didalam GPW . 

 

Baru-baru ini, GPW telah menganjurkan program Mesyuarat Agong GPW 2015 yang berlansung di Wisma JKKR Felda Jenderak Selatan, walaupun program tersebut dijalankan pada awal ramadhan, tetapi pembabitan warga felda sangat memberansangkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara tentatif program adalah seperti pembentangan minit mesyuarat serta kewangan tahunan GPW memandangkan GPW juga mempunyai akaun kewangan tersendiri, selain daripada sesi mendengar masalah-masalah yang dihadapi komuniti. Juga dijemput wakil pejabat felda  menyertai Mesyuarat tersebut bagi menyelasaikan masalah serta kerumitan yang timbul dikalangan komuniti . 

 

         

          

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN