Mesyuarat Gerakan Persatuan Wanita (GPW) telah dijalankan dan kehadiran mesyuarat seramai 20 orang. Terdapat isu-isu berkaitan komuniti dan juga rancangan yang telah diutarakan oleh Pengerusi dan juga telah dibentangkan oleh Ahli Jawatankuasa GPW. Isu utama yang telah diutarakan pada bulan Ogos adalah berkaitan Program Hari Peneroka Peringkat Rancangan dan juga keceriaan Rancangan.