Mohamad Bin Ariffin yang lebih dikenali dengan nama panggilannya iaitu Huri di Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan Ruminan. Antara ternakan yang di ternak sendiri adalah seperti Kambing dan Lembu. Lokasi perusahaan adalah di Felda Jenderak Selatan iaitu berdekatan dengan ladang miliki bapanya. Beliau merupakan seorang anak muda yang telah berjaya dalam bidang keusahawanannya dan beliau juga merupakan anak peneroka di Felda Jenderak Selatan yang berusia 35 tahun. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam rancangan Felda Jenderak Selatan. 

Bermulanya beliau menceburi bidang keusahawanan ini dengan menternak ternakan kambing secara kecil-kecilan untuk memperluaskan perniagaannya dengan hasil ternakan yang semakin hari semakin meningkat. Kini perniagaannya semakin berkembang dengan permintaan daripada ramai pembeli untuk daging kambing dan juga ternakan hidup. Kini juga perniagaan beliau semakin berkembang dengan pertambahan produk iaitu Produk Kesihatan Deā€™Asia White Coffee dan juga Tanaman Pisang. Dengan hasil tanaman itu, beliau memproses dengan menghasilkan kerepek pisang yang sangat menarik minat ramai pembeli. Namun sekarang, beliau telah memperluaskan jualannya di kedai-kedai dalam rancangan Felda Jenderak Selatan dan juga kawasan luar. Malah beliau memperluaskan produk beliau di dalam Page Dashboard My Shop dan juga di dalam akaun Facebook beliau sendiri.

Bermulanya perniagaan, beliau tiada pendapatan bulanan yang tetap kerana perniagaan beliau tidak mendapat sambuatan yang sangat menggalakkan. Namun kini, perniagaqaan beliau semakin mendapat perhatian ramai setelah mendapat pendedahan dengan jualan produk perniagaan beliau yang semakin memberangsangkan. Jumlah produk dan pelanggan semakin bertambah kerana hasil perniagaan beliau mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari rakan-rakan dan juga pembeli dari dalam dan juga kawasan-kawasan tertentu.