Mesyuarat Agung Tahunan dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Mesyuarat agung koperasi tahunan Felda Jenderak Selatan telah diadakan pada ketetapan berikut :-

TARIKH    : 13 OKTOBER 2017
HARI         : JUMAAT
MASA        : 8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT   : WISMA JKKR FELDA JENDERAK SELATAN
 
Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-
-  Menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman dan dapat menilai prestasi kerja yang telah dijalankan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
-  Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi dan pembahagian keuntungan termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi.
Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan.
-  Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman.
-  Meluluskan pinjaman luar koperasi.
-  Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.
-  Dalam mesyuarat agung tahunan, anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalonkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.
 
 

JAWATANKUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR )

Jawatankuasa Kemajuan Rancangan ( JKKR ) Felda Jenderak Selatan mempunyai Visi dan Misi serta memiliki pelbagai cabang tugas untuk menggerakkan ekonomi, keceriaan, keselamatan dan juga kemajuan kampung agar dapat seiring dan juga dapat mencapai Visi dan Misi felda.

Jawatankuasa Kemajuan Rancangan ( JKKR ) berperanan dalam memberi kemudahan kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan serta membincangkan dalam masalah dan isu yang ditimbulkan berkaitan hal ehwal komuniti setempat. JKKR Felda Jenderak Selatan telah di Pengerusikan oleh Pengurus Felda dan telah ditadbir oleh wakil komuniti setiap blok yang dipanggil Ketua Blok.

 

SENARAI JAWATANKUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR ) FELDA JENDERAK SELATAN

 

NAMA

JAWATAN

TUAN HAJI JALILUDDIN BIN ISMAIL

PENGERUSI / PENGURUS FELDA

EN.MUHAIYUDDIN BIN BAHADIM

SETIAUSAHA

EN.MAT KASSIM BIN HUSSIN

BENDAHARI

EN.MOHD RIDDUAN BIN RASDI

PENYELIA FELDA

 EN.MOHAMAD AFIQ BIN AZIZAN

PENYELIA FTPSB

EN.ABD KALIK BIN IDRIS

KETUA BLOK 1

EN.ADENAN BIN ALI

KETUA BLOK 2

EN.MOHAMED NOR BIN NASIR

KETUA BLOK 4

EN.MUHAIYUDDIN BIN BAHADIM

KETUA BLOK 5

EN.HAMZAH BIN NABON

KETUA BLOK 6

EN.APANDI BIN ASBULLAH

PEM.KERUA BLOK 7

EN.MANSOR BIN MOHAMED

KETUA BLOK 11