Mesyuarat Agung Tahunan dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Mesyuarat agung koperasi tahunan Felda Jenderak Selatan telah diadakan pada ketetapan berikut :-
TARIKH : 13 OKTOBER 2017
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : WISMA JKKR FELDA JENDERAK SELATAN
Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-
- Menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman dan dapat menilai prestasi kerja yang telah dijalankan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
- Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi dan pembahagian keuntungan termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi.
- Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan.
- Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman.
- Meluluskan pinjaman luar koperasi.
- Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.
- Dalam mesyuarat agung tahunan, anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalonkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.
View the embedded image gallery online at:
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk/90-mesyuarat-agung-koperasi-kali-ke-32#sigFreeId93d600c39c
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk/90-mesyuarat-agung-koperasi-kali-ke-32#sigFreeId93d600c39c