Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian bagi rancangan yang terpilih ke peringkat suku akhir bagi pertandingan Anugerah Kecemerlangan & Keceriaan Rancangan ( AKKR ) Felda. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori dari pihak industri bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan. Tujuan kursus ini dilaksanakan bagi Ahli Jawatankuasa dalam komuniri rancangan adalah untuk menerangkan konsep Amalan 5S secara umum, memberi panduan asas pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan / Agensi dan juga menerangkan kaedah pelaksanaan audit dalam Amalan 5S kepada Jabatan / Agensi.

5S bermaksud :-

1. SISIH

2. SUSUN

3. SAPU

4. SERAGAM

5. SENTIASA AMAL

 

Program ziarah kasih merupakan salah satu program kebajikan yang dilaksanakan pada setiap bulan oleh Pihak Pengurusan Felda, Gerakan Pergerakan Wanita (GPW), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Program ini merupakan rentetan Ziarah Kasih buat golongan Warga Emas dan juga Penghidap Penyakit Kronik didalam Rancangan Felda Jenderak Selatan. Program ini bertujuan untuk memastikan kebajikan komuniti sentiasa terbela. Dengan berlangsungnya program ini, pihak-pihak pengurusan dapat mengetahui masalah daripada suara komuniti. 

Program Ziarah Kasih merupakan program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan ( JKKR ) dan Gerakan Persatuan Wanita ( GPW ). Program ini telah diadakan pada 22 September 2020 ( Selasa )  di perkarangan Rancangan Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau Temerloh Pahang. Program sebegini merupakan antara medium untuk merapatkan ukhuwah antara masyarakat kita berdasarkan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

Mesyuarat ini diadakan untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat. Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.  Tujuan mesyuarat ini juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea untuk keceriaan rancangan dimana mesyuarat ini dijalankan kerana terdapatnya tindak balas yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa dan juga Exco-exco keceriaan. Organisasi juga akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Mesyuarat ini dijalankan pada :-

TARIKH    : 10 JANUARI 2018

HARI          : RABU

MASA         : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT    : PEJABAT FELDA JENDERAK SELATAN