IMG20230715171108 IMG20230715153512 IMG20230715170904-1

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif dan sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata.

Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.