Julang kalinya pada setiap tahun pihak sekolah tidak terlepas untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan juga Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPKK sebagai tanda tahniah kepada setiap pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Pada setiap tahun, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan juga bagi melaksanakan tugas didalam persatuan tersebut. Pihak Pusat Internet juga telah menyampaikan 5 buah netbook kepada pihak sekolah sebagai pinjaman untuk memudahkan pihak pentadbiran menjalankan kerja.

Pihak Guru Panitia Pendidikan Islam SK Felda Jenderak Selatan telah menjemput Tuan Haji Ahmad Jamaluddin Bin Mohd Salleh iaitu Penceramah merangkap Imam Masjid Bukit Setongkol untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak dari kalangan murid-murid SK Felda Jenderak Selatan tentang bagaimana dan cara Pengurusan Jenazah. Tujuan Bengkel Pengurusan Jenazah ini dijalankan bagi menyumbangkan dan menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Islam, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat disamping dapat menarik minat pelajar kearah Pengurusan Jenazah sejurus dapat menitikberatkan dari segi pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Pelajar juga dapat belajar bagaimana dan cara untuk menguruskan jenazah sungguhpun tidak diguna pakai pada masa kini, tetapi akan diguna pakai pada masa akan datang. Berikutan dengan bengkel ini, pelajar dapat mengetahui adab-adab dan cara-cara untuk menguruskan jenazah didalam kalangan ahli keluarga kelak.

Program Motivasi Membina Kecemerlangan Pelajar ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan dibawah seliaan Belia MBFM Felda Jenderak Selatan. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat belajar para pelajar untuk lebih maju kehadapan dalam pembelajaran. Matlamat sebenar program ini adalah untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar disamping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan. Walaupun program ini amat singkat daripada segi pelaksanaannya, namun  program ini membawa kesan yang amat besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu dan belajar demi masa hadapan mereka.

Program PASCA UPSR 2018 telah dijalankan selama 4 hari di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Selatan. Seramai 36 orang murid-murid tahun 6 telah hadir ke Bengkel ICT ini serta 4 orang guru pembimbing telah turut serta dalam menjayakan program ini. Program ini dijalankan berikutan murid tahun 6 telah tamat didalam peperiksaan UPSR pada bulan September yang lepas. Sehubungan dengan itu, program ini telah berjaya menarik minat murid-murid dari kalangan Orang Asli untuk lebih cenderung mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jenderak Selatan. Mereka menyatakan bahawa Pembelajaran ICT ini sangat penting pada masa akan datang. Pihak Pusat Internet Felda Jenderak Selatan sangat mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke Pusat Internet untuk meneruskan sesi pembelajaran ICT.