Pihak Guru Panitia Pendidikan Islam SK Felda Jenderak Selatan telah menjemput Tuan Haji Ahmad Jamaluddin Bin Mohd Salleh iaitu Penceramah merangkap Imam Masjid Bukit Setongkol untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak dari kalangan murid-murid SK Felda Jenderak Selatan tentang bagaimana dan cara Pengurusan Jenazah. Tujuan Bengkel Pengurusan Jenazah ini dijalankan bagi menyumbangkan dan menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Islam, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat disamping dapat menarik minat pelajar kearah Pengurusan Jenazah sejurus dapat menitikberatkan dari segi pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Pelajar juga dapat belajar bagaimana dan cara untuk menguruskan jenazah sungguhpun tidak diguna pakai pada masa kini, tetapi akan diguna pakai pada masa akan datang. Berikutan dengan bengkel ini, pelajar dapat mengetahui adab-adab dan cara-cara untuk menguruskan jenazah didalam kalangan ahli keluarga kelak.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/169-bengkel-pengurusan-jenazah-sk-felda-jenderak-selatan#sigFreeId89797b1169