Kelas ini dijalankan kepada calon-calon yang akan menjalankan peperiksaan UPSR.

Tabika Kemas Daerah Temerloh telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan pada 4 September 2018 yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku. Pelajar Tabika Kemas Felda Jenderak Selatan telah menyertai aktiviti sambutan ini pada peringkat sekolah yang bertemakan "Orang Zaman Dahulu". Pelbagai aktiviti yang telah dibuka untuk pelajar sertai antaranya Pakaian Seragam, Hiasan Payung, Nyanyian, Mewarna dan juga Hiasan Basikal.

 

Temasya sukan tahunan SK Felda Jenderak Selatan telah berlangsung pada 12 April 2018 di Padang SK Felda Jenderak Selatan. Pelbagai persembahan telah diadakan pada hari tersebut oleh murid-murid SK Felda Jenderak Selatan seperti Persembahan Pancaragam Sekolah, Nyanyian Lagu Negaraku, Aktiviti Senamrobik, Aktiviti Padang dan Balapan dan berbagai acara lagi. 

 

Kelas ini terbuka kepada semua ahli Pusat Internet. Bagi sesi ini, kelas ini dihadirkan dengan murid-murid Tahun 4 kerana mereka telah diberi tugasan daripada guru untuk menyiapkan Kerja Kursus Teknologi Maklumat Komunikasi ( TMK ). Mereka telah menawarkan diri untuk menyertai kelas di Pusat Internet dan meminta petugas Pusat Internet untuk membantu dalam menyiapkan Kerja Kursus yang telah diberi.

Saban tahun seramai hampir 300,000 yang mengerjakan umrah. Malah pada tahun 2015 direkodkan hampir 300,00 jemaah pergi ke umrah, tetapi tidak ramai yang memahami dan menghayati ibadah umrah yang dilakukan. Kegagalan penghayatan dalam ibadah haji dan umrah menyebabkab ibadah umrah dan haji yang dilakukan adalah "KOSONG" dan tidak mendapat manfaat. Sejak dari awal Bulan Februari, pihak pengurusan Masjid Felda Jenderak Selatan telah mengadakan kursus Haji dan Umrah kepada komuniti Felda Jenderak Selatan. Kursus ini bukan sahaja memberi infak yang positif kepada bakal-bakal jemaah yang akan melangkah ke tanah suci, malah kursus ini juga sangat bermanfaat kepada komuniti yang ingin menyertai kursus ini juga. Kursus ini amat mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Felda jenderak Selatan dan juga kawasan-kawasan sekitar yang berdekatan. Kursus ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan juga Ahad.