Saban tahun seramai hampir 300,000 yang mengerjakan umrah. Malah pada tahun 2015 direkodkan hampir 300,00 jemaah pergi ke umrah, tetapi tidak ramai yang memahami dan menghayati ibadah umrah yang dilakukan. Kegagalan penghayatan dalam ibadah haji dan umrah menyebabkab ibadah umrah dan haji yang dilakukan adalah "KOSONG" dan tidak mendapat manfaat. Sejak dari awal Bulan Februari, pihak pengurusan Masjid Felda Jenderak Selatan telah mengadakan kursus Haji dan Umrah kepada komuniti Felda Jenderak Selatan. Kursus ini bukan sahaja memberi infak yang positif kepada bakal-bakal jemaah yang akan melangkah ke tanah suci, malah kursus ini juga sangat bermanfaat kepada komuniti yang ingin menyertai kursus ini juga. Kursus ini amat mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Felda jenderak Selatan dan juga kawasan-kawasan sekitar yang berdekatan. Kursus ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan juga Ahad.