Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas Felda Jenderak Selatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak tentang petingnya nilai-nilai sejarah kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan yang disambut ini dapat disemarakan lagi dengan mengadakan aktiviti dalam penghayatan kepada kanak-kanak serta mencetuskan semangat, memupuk kesedaran dan menanamkan penerapan nilai-nilai kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan negara. Di samping itu, sambutan kemerdekaan ini juga dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan dengan komponen-komponen yang terdapat di komputer. Aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak agar menghargai kemerdekaan Negara dan bersama-sama mengekalkan keamanan negara serta dapat menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun.

Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila kita sedang berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga untuk memperkenalkan konsep literasi awal perlulah dengan cara yang menyeronokkan.

Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak-kanak mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi awal yang baik lebih mudah belajar membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis yang lebih baik membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Terdapat pelbagai cara yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kemahiran literasi awal. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti untuk menggalakkan kemahiran literasi awal. Ini adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh guru literasi kepada kanak-kanak di Literasi Felda Jenderak Selatan. Aktiviti tahunan yang dijalankan di Literasi ini adalah dapat menarik minat kanak-kanakdari segi pergaulan dan sifat bekerjaasama dalam kalangan rakan-rakan.

Berikut adalah aktiviti tahunan literasi Felda Jenderak Selatan :-
 

Kelas ini merupakan kelas atas talian menggunakan platform E-Tuisyen sebagai medium utama pembelajaran setelah kaedah bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran dari pandemik. Program ini juga dapat mempekenalkan PIK Felda Jenderak Selatan serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIk kepada pengunjung di alam maya. Proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu serta program ini juga merupakan satu alternative bagi pihak TM untuk membantu calon SPM bagi membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan kelak.

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik-adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar. Kami mengambil peluang untuk bekerjasama bersama Literasi Felda Jenderak Selatan kerana terdapat penglibatan bersama komuniti iaitu ibu bapa pelajar sendiri. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :-

Ringkasan Pengoperasian Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kawasan PKP, PKPB dan PKPP.