photo 6167849835269567393 y---Copy

Pertandingan Kuiz Kecekapan Tenaga merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahapkecekapan IQ dan pengetahuan para murid. Selain itu, tahap kuiz ini berupaya mencabarminda para murid dan memberi peluang kepada murid untuk memperluas ilmu pengetahuan berkaitan Sektor Bekalan Tenaga dalam Teknologi Hijau. Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian dimana pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah rendah daripada Tahap 2 ( Tahun 4-6 )

Sebanyak 40 soalan objektif dan temoh masa yang diberikan adalah selama 60 minit. Di antara kelebihan yang terdiri daripada kuiz ini adalah :-

  • Layak menerima sijil penyertaan
  • Layak menerima sijil penghargaan kepada 5 peserta yang memperoleh markah tertinggi

 

Tujuan Majlis Graduasi ini diadakan adalah Tujuan Majlis Garaduasi ini diadakan adalah sebagai saah satu memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang daripada segi akademik mahupun dari segi aspek pembentukan sahsiah mahupun kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pembelajaran dan pengajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar, permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih membuka permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 atau Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 2023.

Untuk makluman, kemasukan ke Sekolah Khusus ini akan menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Murid yang berminat untuk memasuki Sekolah Khusus ini boleh membuat permohonan mulai 30 September 2022 sehingga 30 November 2022.

PEDi telah dikunjungi oleh ibu bapa dan juga pelajar untuk membuat permohonan ke Sekolah Khusus pada bulan November dan PEDi telah menyediakan perkhidmatan E-servis kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk membuat permohonan tersebut.

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Felda Jenderak Selatan

Tarikh : 27 - 28 Januari 2023
Tempat : Tapak Perkhemahan SK Felda Jenderak Selatan

{gallery}PerkhemahanSKJS_2023{gallery}

Program interaktif untuk pelajar-pelajar literasi iaitu dimana mereka yang berumur di antara 2 tahun hingga 4 tahun dengan kerjasama GPW dan juga PEDi Felda Jenderak Selatan telah diadakan bagi menambahkan aktiviti yang sedia ada kepada mereka. Aktiviti ini diajalankan dengan tujuan untuk menambah minat para pelajar kepada dunia pembelajaran serta mendedahkan mereka kepada teknologi komputer. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan supaya komuniti lebih terdedah kepada kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di PEDi Felda Jenderak Selatan.