Tujuan Pasca UPSR ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pihak sekolah bersama-sama Pusat Internet disamping memperkenalkan perkhidmatan dan aktiviti pusat internet kepada pihak sekolah dan juga pelajar. Diantara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah berkenaa perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di PI. Program ini juga menekankan kepada pembelajaran asas Microsoft Office. Program ini banyak memberi impak yang positif kepada pelajar untuk meningkatkan lagi pembelajaran ICT dimana program ini dapat memberi suntikan yang lebih baik untuk menjalankan program bersama pihak sekolah. Selain itu, program ini juga telah menarik minat pelajar dan pihak sekolah untuk menggunakan perkhidmatan dan aplikasi Dashboard My Skool.