Nama |
Gotong-royong Menyusun Barang-barang Keperluan Makanan |
Tarikh |
14 Januari 2021 ( Khamis ) |
Masa |
3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi |
Masjid Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
10 orang
|
Tujuan
Tujuan utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk membersihkan dan Menyusun barang kedalam almari tempat penyimpanan barang makanan untuk diagihkan kepada asnaf di rancangan Felda Jenderak Selatan.
Aktiviti
Diantara aktiviti yang telah dijalankan dalam gotong-royong tersebut adalah menyusun atur barang keperluan makanan kering didalam almari yang telah disediakan oleh pihak ahli jawatankuasa kebajikan masjid. Barang keperluan makanan yang telah disediakan itu adalah untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan dimana program ini dapat memanfaatkan golongan asnaf yang terdapat didalam rancangan Felda Jenderak Selatan.
Nama |
Kursus Perlaksanaan Asas Amalan 5S Bersama Ahli Jawatankuasa Masjid, JKKR, GPW, Belia & KAF |
Tarikh |
4 - 5 November 2020 ( Rabu - Khamis ) |
Masa |
2.30 petang - 5.00 petang |
Lokasi |
Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
30 orang |
Tujuan
Tujuan kursus ini dilaksanakan bagi Ahli Jawatankuasa dalam komuniri rancangan adalah untuk menerangkan konsep Amalan 5S secara umum, memberi panduan asas pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan / Agensi dan juga menerangkan kaedah pelaksanaan audit dalam Amalan 5S kepada Jabatan / Agensi.
5S bermaksud :-
1. SISIH
2. SUSUN
3. SAPU
4. SERAGAM
5. SENTIASA AMAL
Aktiviti
Diantara aktiviti yang telah dijalankan sekitar kursus 5S adalah seperti bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.
Gambar Disini
Nama |
Kejohanan Merentas Desa & Balapan SK Felda Jenderak Selatan |
Tarikh |
31 Januari 2020 & 26 Februari 2020 |
Masa |
8.00 Pagi |
Lokasi |
SK Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
Semua Pelajar, Kakitangan & Ibu Bapa |
Tujuan
Sukan dan Merentas Desa pada setiap tahun adalah wajib dijalankan pada semua sekolah. Tujuan aktiviti kokurikulum ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dikalangan murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh disamping dapat mengeratkan hubungan yang baik diantara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
Aktiviti
Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti sukan pelajar, Perbarisan ahli rumah sukan, Pembacaan ikrar pelajar, penyampaian hadian dan juga saguhati serta terdapat gerai-gerai jualan yang dijalankan oleh para komuniti setempat bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan di sekolah. Diantara kebaikan yang kita dapati daripada aktiviti ini adalah dapat memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Disamping itu, sukan ini tidak hanya tertumpu hanya kepada kejayaan akademik semata-mata. Sukan adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi sukan dalam kalangan pelajar.
Nama |
Gotong-royong Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan |
Tarikh |
25 Oktober 2020 ( Rabu ) |
Masa |
8.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi |
Tanah Perkuburan Islam Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
50 orang |
Tujuan
Tujuan utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan supaya terlihat lebih terjaga dan bersih daripada sebarang semak samun. Selain itu juga, aktiviti ini telah memupuk semangat kemasyarakatan bagi komuniti Felda Jenderak Selatan diantaranya penglibatan dari kalangan Belia dan aktiviti ini banyak menarik minat kalangan belia untuk lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan rancangan serta kawasan yang selalu dikunjungi orang awam.
Aktiviti
Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah membuang semak samun yang terdapat di sekitar kawasan tersebut dan juga aktiviti membuang popok-pokok yang akan mengakibatkan kawasan tersebut menjadi tidak bersih. Aktiviti ini juga dapat memberi penekanan terhadap aktiviti setempat bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Gotong royong juga adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi dalam kalangan komuniti setempat.
Nama |
Skin Care Class Bersama Mary Kay |
Tarikh |
27 Disember 2019 (Jumaat) |
Masa |
2.30 pm - 6.00 pm |
Lokasi |
Pusat Internet Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
35 Orang |
Tujuan
Program bersama Mary Kay ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara untuk mereka menjaga kulit dengan baik dan betul dimana dapat membantu mempromosikan fungsi PI kepada lebih ramai pengunjung.
Aktiviti
Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti taklimat dan demo dalam menggunakan barangan Mary Kay. Pemeriksaan / Scan kulit wajah untuk mengetahui masalah kulit wajah dengan penggunaan barang Mary Kay. Di samping itu, program ini juga diberi penekanan bahawa pentingnya aspek penjagaan wajah serta menyatakan kepada pengunjung supaya tidak menggunakan barangan yang mempunyai merkuri. Pihak Mary Kay telah membuat penjualan barangan dan juga keahlian dengan harga yang rendah pada hari tersebut.