Nama |
Tadarus Dan Khatam Al-Quran Felda Jenderak Selatan |
Tarikh |
8 April 2023 (Sabtu) |
Masa |
9:00pagi - 11:00 pagi |
Lokasi |
Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
15 orang |
Tujuan
Majlis Tadarus Al-Quran dijalankan bagi menghidupkan suasana bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran. Program ini juga merupakan program tahunan yang dijalankan sempena Sambutan Nuzul Al-Quran.
Aktiviti
Program ini dijalankan bagi memperkasa keutuhan jati diri Islam untuk menjadi generasi yang kalis masa hadapan berteraskan Syariah Islamiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pendekatan Al-Quran. Di samping itu, ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dan juga dapat menghayati dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Nama |
E-Pembelajaran PEDI Felda Jenderak Selatan |
Tarikh |
6 Mac 2023 (Rabu) |
Masa |
10.00 pagi - 12:00 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
15 orang |
Tujuan
Tujuan E Pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pendalaman terhadap suatu mata pelajaran. Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid agar mempunyai daya tahan diri yang baik. Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan dan Latihan yang berkaitan dengan mata pelajaran.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang berlangsung pada dalam E-Pembelajaran tersebut adalah dapat menyediakan latihan dan aktiviti yang berkaitan. Di samping itu, suntikan semangat yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung dapat menyemai motivasi dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. Murid-murid boleh membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang dengan lebih teliti dan cermat dengan menghadiri kelas tambahan.
Nama |
Hari Bersama Komuniti PEDi |
Tarikh |
15 Oktober 2022 (Sabtu) |
Masa |
8.30 pagi - 1:00 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
250 orang |
Tujuan
Tujuan Hari Bersama Komuniti diadakan adalah untuk merapatkan PEDi dengan komuniti setempat disamping ingin memperkenalkan PEDi sebagai Pusat Sehenti dalam menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan internet. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan PEDI dengan masyarakat setempat dan memperkenalkan fungsi dan peranan PEDI dalam komuniti. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mempromosikan latihan-latihan dan kemudahan-kemudahan yang yang disediakan oleh PEDI serta menggalakkan masyarakat setempat untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang berada di PEDI untuk membangunkan sosioekonomi setempat.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang berlangsung pada program tersebut adalah seperti Pertandingan Aneka Kerabu, Pertandingan Gubahan Replika Daripada Bahan Buangan, Pertandingan Mewarna Pelajar Pasti & Tabika Felda Jenderak Selatan, Pemeriksan Kesihatan, Taklimat Perkhidmatan Daripada Agensi, Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB), Pertandingan Menaip Pantas Kategori Dewasa, Pertandingan Puzzle Online Kategori Kanak-Kanak, Pemeriksaan Kesihatan, Taklimat & Kelas Usahawan Shopee dan juga pertandingan sukaneka, Pertandingan Bola Jaring dan juga Sepak Takraw.
Nama |
Aktiviti Bersama Pusat Literasi Keluarga (PLK) |
Tarikh |
16 November 2022 (Rabu) |
Masa |
10.30 pagi - 12:30 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
10 orang |
Tujuan
PEDi menjalankan aktiviti bersama Pusat Literasi Keluarga Felda Jenderak Selatan adalah bertujuan untuk meransang minda kanak-kanak kepada pembelajaran melalui kaedah digital. Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan PEDi bersama kanak-kanak setempat dan memperkenalkan fungsi dan peranan PEDi kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mempromosikan latihan-latihan dan kemudahan-kemudahan yang yang disediakan oleh PEDi serta menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang berada di PEDi untuk membangunkan sosio ekonomi setempat.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang berlangsung pada dalam aktiviti tersebut adalah seperti Mewarna melalui aplikasi dalam talian dan juga emberi pendedahan teknologi komputer kepada kanak-kanak. Kebaikan dan kelebihan daripada aktiviti ini adalah seperti dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak literasi, dapat mengeratkan hubungan yang baik bersama kanak-kanak, dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak dengan etika berinternet dan menggalakkan penggunaan internet yang bijak serta dapat membantu kanak-kanak tempatan mengadaptasi teknologi digital.
Nama |
Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas |
Tarikh |
1 September 2022 ( Khamis ) |
Masa |
8.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
18 orang |
Tujuan
Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas Felda Jenderak Selatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak tentang petingnya nilai-nilai sejarah kemerdekaan. Di samping itu, sambutan Kemerdekaan yang disambut ini dapat disemarakan lagi dengan mengadakan aktiviti dalam penghayatan kepada kanak-kanak serta mencetuskan semangat, memupuk kesedaran dan menanamkan penerapan nilai-nilai kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan negara.
Aktiviti
- Megenali bahagian-bahagian Komputer
- Pertandingan Mewarna Online
- Pertandingan Busana Bertemakan Kemerdekaan
- Tayangan Cerita Upin & Ipin ‘Keris Siamang Tunggal”