×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasafelda/pahang/feldajenderakselatan/images/dashboardkomuniti_myshop
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/dashboardkomuniti_myshop

Nama

Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan

Tarikh

16 November 2019 (Sabtu)

Masa

9.00 am - 2.00 pm

Lokasi

Pusat Internet Felda Jenderak Selatan

Peserta / Tetamu

100 Orang


Tujuan
 

Program “Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan” ini dijalankan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai Pusat ICT dan Kesihatan serta dapat mengeratkan PI dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan juga NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Disamping itu, program ini juga dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Taklimat dan Demo Penapis Air (Nano Water) dan jualan barangan Tupperware Brands, Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Krau, Taklimat dan Pameran Agensi Insurans Takaful Dari Agro Bank, Pertandingan Sukan Tradisional Bowling Kelapa dan Tuju Tin kategori dewasa, Pertandingan Menaip Artikel, Pertandingan Puzzle Online, Bijak Usahawan, Perandingan Quizizz Online, Mewarna Poster Kesihatan. Taklimat yang disampaikan mempengaruhi dan memberi penekanan kepada semua bahawa pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan dan juga menggalakkan penglibatan semua dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan. 

Gambar Disini

Nama

Pasca UPSR SK Felda Jenderak Selatan

Tarikh

7 - 10 Oktober 2019 (Isnin - Khamis)

Masa

9.00 am - 2.00 pm

Lokasi

Pusat Internet Felda Jenderak Selatan

Peserta / Tetamu

25 orang


Tujuan

Tujuan Pasca UPSR ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pihak sekolah bersama-sama Pusat Internet disamping memperkenalkan perkhidmatan dan aktiviti pusat internet kepada pihak sekolah dan juga pelajar.

Aktiviti

Diantara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah berkenaa perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di PI. Program ini juga menekankan kepada pembelajaran asas Microsoft Office. Program ini banyak memberi impak yang positif kepada pelajar untuk meningkatkan lagi pembelajaran ICT dimana program ini dapat memberi suntikan yang lebih baik untuk menjalankan program bersama pihak sekolah. Selain itu, program ini juga telah menarik minat pelajar dan pihak sekolah untuk menggunakan perkhidmatan dan aplikasi Dashboard My Skoool.

Gambar Disini

Nama

Promosi Siaran Digital MyFreeview

Tarikh

17 Ogos 2019 ( Sabtu )

Masa

9.00 am - 1.00 pm

Lokasi

Pasar Pagi Temerloh & Program Koi Nak Sihat Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh

Peserta / Tetamu

200 orang


Tujuan

Memberi penerangan berkenaan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Memberi penerangan berkenaan penutupan siaran analog iaitu proses penutupan perkhidmatan penyiaran televisyen terestrial analog percuma. Setelah penutupan siaran analog dilaksanakan, penonton yang tidak menggunakan siaran MyFreeview atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen. MyFreeview adalah jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan disamping dapat menerima siaran digital menerusi dua kaedah iaitu dengan memasang dekoder DVB-T2 dan aerial UHF atau sistem Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) yang sudah dilengkapi di televisyen masing-masing.

 Aktiviti 

  • Penerangan berkenaan Myfreeview.
  • Kelebihan penggunaan siaran TV Digital MyFreeview. 
  • Bantuan perkhidmatan dan pengedaran
  • Penerangan penggunaan Dekoder DVB-T2 dan alat kawalan jauh serta aerial luaran (UHF)


Gambar Disini

 

Nama

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Jenderak Selatan

Tarikh

7 September 2019 ( Sabtu )

Masa

8.30 am - 3.00 pm

Lokasi

Pusat Internet Felda Jenderak Selatan

Peserta / Tetamu

200 orang

 

Tujuan 

Tujuan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat disamping memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti serta memberi pendedakan berkaitan perkhidmatan dan aktiviti pusat internet kepada komuniti. Disamping itu, program ini juga dapat memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti serta dapat mempromosikan siaran digital Myfreeview. Selain itu, program ini dapat memberi suntikan kepada usahawan untuk mempromosikan jualan didalam Dashboard Komuniti.

Aktiviti 

Terdapat banyak aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan. Antaranya penerangan berkenaan Myfreeview, Muat Turun Aplikasi Dashboard, Kempen E-waste, Pemeriksaan Tekanan Darah & Tekanan Gula Dalam Darah (Diabetis), Taklimat & Pameran agensi, Pendaftaran Keahlian Percuma, Penerangan berkenaan Myfreeview, Muat Turun Aplikasi Dashboard, Kempen E-waste, Jualan IKS, Pemeriksaan Tekanan Darah & Tekanan Gula Dalam Darah (Diabetis), Taklimat & Pameran agensi, Pendaftaran Keahlian Percuma. 

Rujuk Gambar Disini

 

Nama

Sukan Tahunan Pasti Al-Farabi Felda Jenderak Selatan

Tarikh

18 Julai 2019 ( Khamis )

Masa

8.00 am - 12.00 pm

Lokasi

Dewan Semai Bakti Felda Jenderak Selatan

Peserta / Tetamu

100 orang

 

Tujuan

 

Sukan ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dikalangan murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh disamping dapat mengeratkan hubungan yang baik diantara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi. Disamping itu, program ini juga dapat memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokuriklum bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Disamping itu, sukan ini tidak hanya tertumpu hanya kepada kejayaan akademik semata-mata. Sukan adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi sukan dalam kalangan pelajar.
 
Aktiviti
 
- Pembacaan ikrar kanak-kanak Pasti
- Majlis penyampaian hadiah
- Jamuan makan
- Aktiviti sukaneka kanak-kanak dan Ibu bapa