Tujuan
Program ziarah kasih merupakan salah satu program kebajikan yang dilaksanakan pada setiap bulan oleh Pihak Pengurusan Felda, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Program ini merupakan rentetan Ziarah Kasih buat golongan Warga Emas dan juga Penghidap Penyakit Kronik didalam Rancangan Felda Jenderak Selatan. Program ini bertujuan untuk memastikan kebajikan komuniti dan warga emas sentiasa terbela. Dengan berlangsungnya program ini, pihak-pihak pengurusan dapat mengetahui masalah daripada suara komuniti.
Aktiviti
- Sumbangan berupa wang ringgit dan makanan kepada prnghidap penyakit kronik dan warga emas.
- Menghubung serta merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti Felda Jenderak Selatan dan juga pihak pengurusan Felda.
- Memastikan kebajikan warga emas dan komuniti sentiasa terbela.
- Penyerahan sumbangan
- Program ziarah.