Nama |
Jamuan Raya Peringkat Rancangan Felda Jenderak Selatan |
Tarikh |
16 Jun 2019 ( Ahad ) |
Masa |
10.00 am - 2.00 pm |
Lokasi |
Dewan Semai Bakti Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
250 orang |
Tujuan
Pihak pengurusan Felda Jenderak Selatan mengadakan rumah terbuka peringkat rancangan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada komuniti setempat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan komuniti untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni dan juga memberi peluang kepada komuniti beramah mesra dan bermaafan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping dapat memupuk kerjasama dan tolong menolong dapat diterapkan dalam komuniti setempat.
Aktiviti
- Pelbagai juadah makanan dan minuman disediakan
- Pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir
Nama |
Motivasi Membina Kecemerlangan Pelajar |
Tarikh |
25 Mac 2019 ( Isnin ) |
Masa |
8.00 am - 2.00 pm |
Lokasi |
Dewan Semai Bakti Felda Jenderak Selatan |
Peserta |
52 orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan bagi meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan pelajar sekaligus memberikan kesan positif dalam akademik pelajar. Disamping itu, program ini juga dapat memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkatkan taraf pendidikan dan pengetahuan asas serta dapat memperoleh ilmu baharu untuk diaplikasikan dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Aktiviti
- Mendengar Taklimat
- Latihan Dalam Kumpulan
- Taklimat Kepentingan Pembelajaran Kepada Pelajar
Tujuan
Program ziarah kasih merupakan salah satu program kebajikan yang dilaksanakan pada setiap bulan oleh Pihak Pengurusan Felda, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Program ini merupakan rentetan Ziarah Kasih buat golongan Warga Emas dan juga Penghidap Penyakit Kronik didalam Rancangan Felda Jenderak Selatan. Program ini bertujuan untuk memastikan kebajikan komuniti dan warga emas sentiasa terbela. Dengan berlangsungnya program ini, pihak-pihak pengurusan dapat mengetahui masalah daripada suara komuniti.
Aktiviti
- Sumbangan berupa wang ringgit dan makanan kepada prnghidap penyakit kronik dan warga emas.
- Menghubung serta merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti Felda Jenderak Selatan dan juga pihak pengurusan Felda.
- Memastikan kebajikan warga emas dan komuniti sentiasa terbela.
- Penyerahan sumbangan
- Program ziarah.
Nama |
Latih Tubi Matematik Pelajar Tahun 4 & 5 |
Tarikh |
9 Mac 2019 ( Ahad ) |
Masa |
2.00 pm - 3.00 pm |
Lokasi |
Pusat Internet Felda Jenderak Selatan |
Peserta |
10 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar Latihan Matematik kepada pelajar tahun 4 dan 5 serta memberi penerangan berkenaan kelas latihan ICT yang diadakan pada setiap hujung minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Aktiviti
- Mengulangkaji Mata Pelajaran Matematik
- Perbincangan Modul Latihan Matematik
- Kuiz Matematik
- Memberi Pendedahan Modul Latihan Matematik
Tarikh | : 19 Januari 2019 |
Hari | : Sabtu |
Masa | : 8.00 pagi - 1.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan |
Tujuan
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet bertujuan untuk merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat disamping ingin memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan khususnya kepada golongan belia dan juga warga emas. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh memberikan penerangan dan juga taklimat kepada pengunjung berkaitan dengan cara dan amalan pemakanan sihat oleh Pegawai Pemakanan Daerah temerloh. Selain itu, wakil daripada jabatan juga memberi pendekatan kepada pengunjung bahawa Amalan gaya Hidup Sihat adalah sangat penting dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
- Pemeriksaan Kesihatan
- Taklimat Pemakanan Sihat/Gaya Hidup Sihat
- Pameran Kesihatan
- Pemeriksaan Pap Smear
- Pemeriksaan Pergigian
- Program Derma Darah
- Pameran AADK
- Kuiz Jom Sihat
- Aktiviti memberus gigi bersama kanak-kanak tabika
- Penggunaan Dashboard Komuniti
- Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti