×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasafelda/pahang/feldajenderakselatan/images/dashboardkomuniti_myshop
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/dashboardkomuniti_myshop
Tarikh : 29 - 1 November 2018
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Makmal Komputer SK Felda Jenderak Selatan

Tujuan

Pada setiap tahun, pihak pengurusan SK Felda Jenderak Selatan akan menjemput dan menawarkan pihak Pusat Internet Felda Jenderak Selatan untuk menjalankan Bengkel ICT ini kepada murid-murid Tahun 6 selepas berakhirnya Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR ). Seramai 36 orang murid telah menghadiri dan menyertai Bengkel ICT ini selama 4 hari yang bertempat di Makmal Kompuer SK Felda Jenderak Selatan. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid kearah pembangunan ICT disamping membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk di dalam pengurusan pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) serta pendidikan sepanjang hayat. Murid-murid dari kalangan Orang Asli ( OA ) sangat tertarik dengan pembelajaran ICT ini kerana mereka menyatakan bahawa pembelajaran ini akan ditingkatkan pada masa kini dan akan datang. Murid-murid juga dapat mempelajari cara dan bagaimana untuk mengakses daripada sistem komputer dengan adanya bengkel ICT ini.


Aktiviti

  • Pembelajaran ICT 
  • Kuiz KDB 
  • Mengenali Asas Komputer
  • Latihan daripada Pembelajaran Microsoft Office
  • Latihan dalam kumpulan
  • Mereka cerita/Komik daripada Microsoft Office Powerpoint
  • Mempelajari Kufi Art 


Gambar Disini

Tarikh : 20 - 23 September 2018
Hari : Khamis - Ahad
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu membantu usahawan memperkembangkan asa perniagaan melalui internet. Di samping itu, melalui kelas ini juga, usahawan turut mempelajari teknik-teknik perniagaan melalui internet. Usahawan dapat mempelajari teknik-teknik berniaga di dalam medium perniagaan atas talian tidak kira mengikut produk yang dijual. Usahawan diberi pendedahan bahawa pentingnya pembelajaran ICT pada masa kini serta di masa akan datang, diberi pendekatan DUNIA DIGITAL sebagai medium perniagaan online serta diberi pendekatan berkaitan pembelajaran ICT. Pembelajaran ini sangat menarik minat usahawan dan komuniti peserta untuk menggunakan perkhidmatan daripada Pusat Internet disamping dapat membantu memperkembangkan serta memperkenalkan produk perniagaan mereka. Kursus ini sangat memberi impak yang positif kepada usahawan pada masa kini serta masa akan datang.

 Aktiviti

  • Pemeriksaan kesihatan ( i-health )
  • Pembelajaran internet dalam medium perniagaan online
  • Mengenali asas komputer
  • Cara memperkenalkan produk dan perkhidmatan di media sosial

Gambar Disini

Tarikh : 12 Julai 2018
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang - 6.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 


Tujuan

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat disamping memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti. Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah dapat memberi impak positif kepada komuniti dan juga petugas Pusat Internet untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk tempatan mahupun dliuar kawasan. Majlis ini juga dapat memberi suntikan yang lebih baik untuk menjalankan program dengan komuniti dengan lebih baik lagi. Di samping itu, komuniti dapat menggunakan perkhidmatan dan aplikasi dashboard yang sedia ada di Pusat Internet. Pemeriksaan kesihatan tekanan darah boleh digunakan kepada komuniti yang telah mendaftar dengan Pusat Internet.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah :-

  • Muat turun aplikasi dashboard
  • Jamuan Hari raya Aidilfitri
  • Bacaan Yasin dan Tahlil
  • Pemeriksaan tekanan darah


Gambar Disini

Tarikh : 4 Ogos 2018
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 


Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu anak-anak dan pelajar sekolah untuk menyiapkan kerja kursus Tahun 4. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalm pengurusan pembelajaran melalui online. Pada sesi kelas ini dijalankan, pihak petugas telah memberi pendekatan kepada pelajar bahawa pentingnya pembelajaran ICT pada masa kini serta pada masa akan datang dan memberikan kefahaman pendekatan Dunia Digital sebagai medium pembelajaran. Kelas ini juga banyak memberi impak positif kepada pelajar dan anak-anak kecil untuk lebih efisyen dengan pembelajaran Microsoft Office. Di samping itu, pihak petugas Pusat Internet telah memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti dan juga kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Internet kepada pelajar-pelajar sekolah. Pihak petugas juga telah menjalankan pemeriksaan tekanan darah ( i-health ) kepada ibu bapa dan juga pelajar yang hadir ke Pusat Internet Felda Jenderak Selatan. 

Aktiviti

  • Pembelajaran Microsoft Office Power Point
  • Mengenali Asas Komputer
  • Pemeriksaan Kesihatan ( i-health )
  • Penerangan berkenaan Dashboard Komuniti


Gambar Disini

Tarikh : 13 Jun 2018
Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 

 

Tujuan 

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar dan anak-anak kearah pembangunan ICT disamping membolehkan pengumpulan, pengurusan,manipulasi,perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan pembelajaran melalui online. Disamping itu juga, program ini banyak memberi impak positif kepada pelajar dan anak-anak kecil untuk lebih efisyen dengan pembelajaran ICT.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah :-

  • Pemeriksan kesihatan 
  • Penerangan berkenaan dashboard Komuniti
  • Pembelajaran ICT
  • Mengenali Asas Komputer
  • Memberi pendekatan kepada pelajar bahawa pentingnya pembelajaran ICT pada masa kini serta pada masa akan datang
  • Memahami pendekatan DUNIA DIGITAL sebagai medium pembelajaran  

 
Gambar Disini