Nama |
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Rancangan |
Tarikh |
11-15 April 2022 ( Isnin - Jumaat ) |
Masa |
8.30 pagi - 11.30 tengahari |
Lokasi |
Masjid Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
15 orang |
Tujuan
Tujuan tadarus diadakan setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan ini adalah sebagai salah satu langkah mengeratkan hubungan di
antara warga Felda Jenderak Selatan tanpa mengira pangkat dan usia. Selain itu program sebegini dapat mewujudkan penghayatan
beramal dan beribadah dalam bulan yang penuh barakah. Malah, majlis ini dapat menimbulkan kesedaran dikalangan warga rancangan menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran, memantapkan kemahiran dan membudayakan sikap membaca Al-Quran dengan baik dan teratur.
Aktiviti
Perlaksanaan aktiviti dalam majlis ini adalah dengan mengambil kaedah sumbangan ayat dan juzuk, bacaan secara halaqah (kumpulan) serta individu dan pelaksanaan tadarus adalah fleksibel mengikut kelapangan masa.
Nama |
Microsoft OFfice Excel (Kewangan Masjid) |
Tarikh |
28 Januari 2022 ( Jumaat ) |
Masa |
10.30 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
1 orang |
Tujuan
Tujuan ahli berkunjung ke PEDi adalah untuk menyediakan laporan kewangan berikutan beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Masjid Felda Jenderak Selatan. Tujuan beliau menyediakan laporan kewangan tersebut adalah untuk menyatakan aktiviti keluar masuk kewangan bagi organisasi tersebut. Beliau juga telah mendapatkan bantuan daripada petugas PEDi berikutan dengan permasalahan untuk menyediakan "column" pada laporan tersebut.
Aktiviti
Aktiviti yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan MS Office Excel dan juga dapat meningkatkan kemahiran serta keyakinan dalam asas MS Office.
Nama |
Program Lawatan Bersama Felda Peringkat Wilayah |
Tarikh |
10 Mac 2021 ( Rabu ) |
Masa |
8.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
20 orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian bagi rancangan yang terpilih ke peringkat suku akhir bagi pertandingan Anugerah Kecemerlangan & Keceriaan Rancangan ( AKKR ) Felda.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah untuk membuat penilaian keatas kebersihan dan keceriaan seluruh rancangan Felda Jenderak Selatan, melawat ladang usahawan tempatan serta membuat lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar ( Seladang ) Jenderak Selatan. Disamping itu, pelawatdapat beramah mesra serta dpat mewujudkan sifat bekerjasama diantara komuniti serta dapat menyokong dan memberi kekuatan kepada komuniti rancangan untuk lebih bersemangat dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti keceriaan dan kerbersihan rancangan.
Nama |
Kelas E-Tuisyen April 2021 |
Tarikh |
10 April 2021 (Sabtu) |
Masa |
9.30 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
PIK Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
3 orang |
Tujuan
Tujuan Kelas atas talian menggunakan platform E-Tuisyen adalah sebagai medium utama pembelajaran setelah kaedah bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran dari pendemik berikutan dapat memperkenalkan PIK Felda Jenderak Selatan serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIK kepada pengunjung di alam maya. Disamping itu, kelas ini juga membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.
Aktiviti
Perlaksanaan aktiviti utama dalam pembelajaran ini adalah aplikasi Zoom yang bersifat fleksibel, mampu diakses bila-bila masa, mesra gajet iaitu boleh digunakan sama ada melalui telefon pintar mahupun laptop / desktop di rumah dan boleh diakses dengan capaian internet yang baik.
Nama |
Gotong-Royong Gerakan Persatuan Wanita (GPW) |
Tarikh |
19 Februari 2021 ( Jumaat ) |
Masa |
8.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi |
Bangunan GPW Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
10 orang |
Tujuan
Tujuan gotong royong ini dijalankan adalah untuk mengisi tanah hitam kedalam plastik untuk tujuan dijual kepada komuniti didalam rancangan mahupun diluar rancangan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah untuk mengisi tanah hitam ke dalam plastik, jualan tanah hitam kepada komuniti serta sedikit jamuan kepada ahli jawatankuasa yang telah hadir dan sama-sama bekerjasama dalam menjalankan tugas. Disamping itu, terdapat kelebihan dan kebaikan yang telah diserapkan dalam program ini diantaranya adalah dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dianara satu sama lain, menjadikan hidup dalam keadaan yang harmoni dan baik, hasil jualan tanah hitam dapat disimpan untuk program yang akan datang serta dapat mewujudkan sikap bekerjasama diantara satu dengan yang lain.
Gambar Disini