Nama |
Kejohanan Merentas Desa & Balapan SK Felda Jenderak Selatan |
Tarikh |
31 Januari 2020 & 26 Februari 2020 |
Masa |
8.00 Pagi |
Lokasi |
SK Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
Semua Pelajar, Kakitangan & Ibu Bapa |
Tujuan
Sukan dan Merentas Desa pada setiap tahun adalah wajib dijalankan pada semua sekolah. Tujuan aktiviti kokurikulum ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dikalangan murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh disamping dapat mengeratkan hubungan yang baik diantara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
Aktiviti
Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti sukan pelajar, Perbarisan ahli rumah sukan, Pembacaan ikrar pelajar, penyampaian hadian dan juga saguhati serta terdapat gerai-gerai jualan yang dijalankan oleh para komuniti setempat bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan di sekolah. Diantara kebaikan yang kita dapati daripada aktiviti ini adalah dapat memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Disamping itu, sukan ini tidak hanya tertumpu hanya kepada kejayaan akademik semata-mata. Sukan adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi sukan dalam kalangan pelajar.