×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasafelda/pahang/feldajenderakselatan/images/dashboardkomuniti_myshop
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/dashboardkomuniti_myshop
Tarikh : 12 Julai 2018
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang - 6.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 


Tujuan

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat disamping memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti. Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah dapat memberi impak positif kepada komuniti dan juga petugas Pusat Internet untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk tempatan mahupun dliuar kawasan. Majlis ini juga dapat memberi suntikan yang lebih baik untuk menjalankan program dengan komuniti dengan lebih baik lagi. Di samping itu, komuniti dapat menggunakan perkhidmatan dan aplikasi dashboard yang sedia ada di Pusat Internet. Pemeriksaan kesihatan tekanan darah boleh digunakan kepada komuniti yang telah mendaftar dengan Pusat Internet.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah :-

  • Muat turun aplikasi dashboard
  • Jamuan Hari raya Aidilfitri
  • Bacaan Yasin dan Tahlil
  • Pemeriksaan tekanan darah


Gambar Disini

Tarikh : 13 Jun 2018
Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan 

 

Tujuan 

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar dan anak-anak kearah pembangunan ICT disamping membolehkan pengumpulan, pengurusan,manipulasi,perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan pembelajaran melalui online. Disamping itu juga, program ini banyak memberi impak positif kepada pelajar dan anak-anak kecil untuk lebih efisyen dengan pembelajaran ICT.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah :-

  • Pemeriksan kesihatan 
  • Penerangan berkenaan dashboard Komuniti
  • Pembelajaran ICT
  • Mengenali Asas Komputer
  • Memberi pendekatan kepada pelajar bahawa pentingnya pembelajaran ICT pada masa kini serta pada masa akan datang
  • Memahami pendekatan DUNIA DIGITAL sebagai medium pembelajaran  

 
Gambar Disini

Tarikh : 25 Mac 2018
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Lokasi : Pi1M Felda Jenderak Selatan
                   &
  Padang Awam Felda Jenderak Selatan 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti sebagai salah satu jaringan komunikasi secara terus antara komuniti. Disamping itu juga, program ini dijalankan bagi mengeratkan jaringan perhubungan antara komuniti dan juga pihak PI1M. Pihak PI1M juga telah mmperkenalkan kemudahan, perkhidmatan dan juga penggunaan Dashboard kepada komuniti. Program ini juga telah diselitkan dengan Program Ziarah Kasih bagi pesakit-pesakit kronik di Felda Jenderak Selatan. 

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah :-

  • Sukaneka
  • Kuiz Dashboard
  • Mewarna
  • Pemeriksaan Kesihatan ( i-health )
  • Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti
  • Sepak Raga Bulat


Gambar Disini

 

Tarikh : 12 Mei 2018
Hari : Sabtu
Masa  : 8.30 pagi - 2.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Jenderak Selatan


Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti dengan Pusat Internet dan menjadikan salah satu jaringan diantara komuniti setempat. Disamping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pusat Internet yang berhampiran. Hal ini kerana Program Hari Bersama Komuniti ini merupakan kerjasama diantara Pusat internet Felda Jenderak Selatan, Pusat Internet Felda Jenderak Utara dan Pusat Internet Felcra Rumpun Makmur. 

Aktiviti

Antara aktiviti aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah :-

  • Bengkel Usahawan ICT
  • Pameran Agensi agensi
  • Jualan Usahawan Tempatan
  • Sukaneka Dart Belon
  • Sukaneka Sepak Raga
  • Kuiz Dashboard
  • Muat Turun Aplikasi Dashboard
  • Pendaftaran Ahli Percuma


Gambar Disini

 

Tarikh : 2 Februari 2018
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Pi1M Felda Jenderak Selatan

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk sedekahkan Yasin dan juga Tahlil kepada skuad Pi1M Felda Jenderak Selatan yang baru menghembuskan nafas yang terakhirnya kerana diserang penyakit kanser beberapa bulan yang lalu. Di samping itu, pihak Pi1M juga telah menjalankan aktiviti ini adalah untuk sama-sama sedekahkan Tahlil ini kepada semua golongan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunua. Aktiviti ini juga dapat merapatkan dan menjalinkan hubungan silaturrahim di antara komuniti dan juga petugas-petugas Pi1M serta dapat memenuhi masa lapang para ibu dan juga warga-warga emas. Pihak PI1M juga dapat menjalankan pemeriksaan tekanan darah ( i-health ) secara percuma kepada yang hadir dalam program tersebut. 

 Aktiviti

Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah :-

  • Jamuan makan
  • Tahlil
  • Yasin
  • Pemeriksaan Tekanan Darah ( i-Health )


Gambar Disini