×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasafelda/pahang/feldajenderakselatan/images/dashboardkomuniti_myshop
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/dashboardkomuniti_myshop

Nama

Kelas Pembelajaran Online IPT

Tarikh

11 September 2023 ( Isnin )

Masa

2:00 petang - 5:00 petang

Lokasi

PEDI Felda Jenderak Selatan

Peserta & Pengunjung

1 orang

 

Tujuan

Suliha a/p Chalik merupakan pelajar IPT sepenuh masa yang baru berdaftar di sebuah IPT dan beliau masih lagi belajar melalui system online. Beliau hadir ke PEDI Felda Jenderak Selatan bertujuan memohon tunjuk ajar daripada petugas untuk mengakses kelas melalui sistem pembelajaran online.

Aktiviti

 

Beliau mengakses google classroom bagi memudahkan pelajar menghantar kerja berkaitan pembelajaran.

Gambar Di Sini


Tujuan

Tujuan utamanya adalah untuk mencungkil bakat, memupuk nilai-nilai murni, membentuk keyakinan diri, memberikan kecergasan mental dan ketangkasan fizikal, mengembangkan minat, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya di kalangan kanak-kanak Pasti. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi, menggalak dan mengembangkan bakat, kebolehan, minat, kreativiti dan nilai estetika serta penguasaan pelbagai elemen kemahiran kanak-kanak dan menyediakan ruang kepada ibu bapa/penjaga dan masyarakat untuk melihat dan kenalpasti potensi serta perkembangan diri kanak-kanak dari aspek sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani kanak-kanak

Aktiviti

Memberikan pertumbuhan kanak-kanak yang seharusnya juga dikembangkan lagi dengan pelbagai potensi dan membekalkan mereka dengan pembinaan sahsiah peribadi melalui penyediaan ruang untuk menggilap potensi terutama dalam kemahiran dan kebolehan yang kanak-kanak digemari.

Gambar Di Sini

Nama

Tadarus Dan Khatam Al-Quran Felda Jenderak Selatan

Tarikh

8 April 2023 (Sabtu)

Masa

9:00pagi - 11:00 pagi

Lokasi

Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan

Peserta/Tetamu

15 orang


Tujuan

Majlis Tadarus Al-Quran dijalankan bagi menghidupkan suasana bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran. Program ini juga merupakan program tahunan yang dijalankan sempena Sambutan Nuzul Al-Quran.

Aktiviti

Program ini dijalankan bagi memperkasa keutuhan jati diri Islam untuk menjadi generasi yang kalis masa hadapan berteraskan Syariah Islamiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pendekatan Al-Quran. Di samping itu, ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dan juga dapat menghayati dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Gambar Di Sini 

 

Nama

Penyerahan Sumbangan Duit Raya Kepada Anak Yatim Felda Jenderak Selatan

Tarikh

14 Mei 2023 ( Ahad )

Masa

9:00pagi - 11:00 pagi

Lokasi

Felda Jenderak Selatan

Peserta

5 orang


Tujuan

Program ini bertujuan sebagai inisiatif pengurusan masjid untuk mengimarahkan bulan Syawal dan mengeratkan hubungan silaturrahim di samping berkongsi rezeki bersama komuniti setempat terutama kepada anak-anak yatim dan dana untuk sumbangan ini juga telah disalurkan kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada anak yatim.

Aktiviti

Program ini adalah salah satu inisiatif yang baik dan menjadi aktiviti utama yang dijalankan pada setiap tahun apabila tibanya Syawal. Aktiviti ini juga ingin menyantuni anak-anak yatim dan juga asnaf di dalam rancangan Felda Jenderak Selatan.

Gambar Di Sini

Tujuan 

Tujuan E Pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pendalaman terhadap suatu mata pelajaran. Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid agar mempunyai daya tahan diri yang baik. Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan dan Latihan yang berkaitan dengan mata pelajaran.

Aktiviti

Di antara aktiviti yang berlangsung pada dalam E-Pembelajaran tersebut adalah dapat menyediakan latihan dan aktiviti yang berkaitan. Di samping itu, suntikan semangat yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung dapat menyemai motivasi dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. Murid-murid boleh membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang dengan lebih teliti dan cermat dengan menghadiri kelas tambahan.

Gambar Di sini