Nama |
Aktiviti Bersama Pusat Literasi Keluarga (PLK) |
Tarikh |
16 November 2022 (Rabu) |
Masa |
10.30 pagi - 12:30 tengahari |
Lokasi |
PEDi Felda Jenderak Selatan |
Peserta/Tetamu |
10 orang |
Tujuan
PEDi menjalankan aktiviti bersama Pusat Literasi Keluarga Felda Jenderak Selatan adalah bertujuan untuk meransang minda kanak-kanak kepada pembelajaran melalui kaedah digital. Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan PEDi bersama kanak-kanak setempat dan memperkenalkan fungsi dan peranan PEDi kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mempromosikan latihan-latihan dan kemudahan-kemudahan yang yang disediakan oleh PEDi serta menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang berada di PEDi untuk membangunkan sosio ekonomi setempat.
Aktiviti
Di antara aktiviti yang berlangsung pada dalam aktiviti tersebut adalah seperti Mewarna melalui aplikasi dalam talian dan juga emberi pendedahan teknologi komputer kepada kanak-kanak. Kebaikan dan kelebihan daripada aktiviti ini adalah seperti dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak literasi, dapat mengeratkan hubungan yang baik bersama kanak-kanak, dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak dengan etika berinternet dan menggalakkan penggunaan internet yang bijak serta dapat membantu kanak-kanak tempatan mengadaptasi teknologi digital.