Nama |
Gotong-royong Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan |
Tarikh |
25 Oktober 2020 ( Rabu ) |
Masa |
8.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi |
Tanah Perkuburan Islam Felda Jenderak Selatan |
Peserta / Tetamu |
50 orang |
Tujuan
Tujuan utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan supaya terlihat lebih terjaga dan bersih daripada sebarang semak samun. Selain itu juga, aktiviti ini telah memupuk semangat kemasyarakatan bagi komuniti Felda Jenderak Selatan diantaranya penglibatan dari kalangan Belia dan aktiviti ini banyak menarik minat kalangan belia untuk lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan rancangan serta kawasan yang selalu dikunjungi orang awam.
Aktiviti
Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah membuang semak samun yang terdapat di sekitar kawasan tersebut dan juga aktiviti membuang popok-pokok yang akan mengakibatkan kawasan tersebut menjadi tidak bersih. Aktiviti ini juga dapat memberi penekanan terhadap aktiviti setempat bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Gotong royong juga adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi dalam kalangan komuniti setempat.