Nama

Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan

Tarikh

16 November 2019 (Sabtu)

Masa

9.00 am - 2.00 pm

Lokasi

Pusat Internet Felda Jenderak Selatan

Peserta / Tetamu

100 Orang


Tujuan
 

Program “Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan” ini dijalankan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai Pusat ICT dan Kesihatan serta dapat mengeratkan PI dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan juga NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Disamping itu, program ini juga dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Taklimat dan Demo Penapis Air (Nano Water) dan jualan barangan Tupperware Brands, Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Krau, Taklimat dan Pameran Agensi Insurans Takaful Dari Agro Bank, Pertandingan Sukan Tradisional Bowling Kelapa dan Tuju Tin kategori dewasa, Pertandingan Menaip Artikel, Pertandingan Puzzle Online, Bijak Usahawan, Perandingan Quizizz Online, Mewarna Poster Kesihatan. Taklimat yang disampaikan mempengaruhi dan memberi penekanan kepada semua bahawa pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan dan juga menggalakkan penglibatan semua dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan. 

Gambar Disini