Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal maklumat anda di aplikasi MySejahtera. Berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (akta 342), maklumat anda akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 dan tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
Anda risau siapa yang mengurus dan menggunakan maklumat anda di aplikasi MySejahtera? Jangan risau. Maklumat anda SELAMAT.