Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ikatan Relawan rakyat Malaysia ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964- peraturan-peraturan.
PERANAN RELA
- Melaksanakan operasi menangkap PATI.
- Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah).
- Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf.
- Bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat.
- Membantu agensi-agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT
Selain itu , Felda Jenderak Selatan telah menubuhkan Pondok SRS yang kini diletakkan di jalan utama. Pondok SRS ini bertujuan untuk menjaga keamanan & keselamatan kampung daripada sebarang kes-kes yang tidak ingin berlaku. Pondok ini dijalankan pada setiap malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.