USAHAWAN KECIL JAHITAN

Nama : Nor Hafiza Binti Mohd
Umur : 44 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Nor Hafiza Binti Mohd adalah seorang usahawan kecil jahitan di dalam Rancangan Felda Jenderak Selatan. Malah perniagaan beliau ini telah mencapai tempahan di dalam Daerah Temerloh dan juga Daerah Jerantut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Bermulanya dengan menerima tempahan menjahit pakaian, beliau tiada pendapatan bulanan yang tetap kerana tempahan beliau tidalah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun kini, tempahan beliau semakin mendapat perhatian ramai setelah mendapat pendedahan dengan mengambil tempahan pelbagai jenis koleksi dan jenis pakaian yang semakin moden pada era kini. Jumlah pelanggan semakin bertambah kerana hasil jahitan beliau yang sangat mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari rakan-rakan dan juga kenalan-kenalan dari dalam dan juga kawasan-kawasan tertentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau kini memiliki akaun Facebook dan juga Instagram khas untuk mempromosikan koleksi-koleksi jahitan beliau ke seluruh tempat. Kini beliau dapat memiliki pendapatan bulanan yang semakin meningkat dengan hasil dan usaha beliau yang tidak pernah kenal erti “putus asa” dalam menjalankan perniagaan walaupun hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Walaupun telah menguasai pengetahuan ICT, beliau tetap akan berkunjung ke Pusat Internet Felda Jenderak Selatan bagi memahirkan pengetahuan ICT yang lebih luas lagi. Selain daripada kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuain dan internet yang berkelajuan tinggi.

4