BELAJAR ICT, MENAIP DAN KELAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Nur Alya Batrisyia Binti Anahar
Umur : 10 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang

Adik Alya Batrisyia berusia berusia 10 tahun dan kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Beliau juga sangat giat aktif di dalam setiap program yang telah dianjurkan baik daripada segi sebarang program ilmu serta program yang telah petugas Pusat Internet anjurkan. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet  untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Internet untuk konteks pembelajaran berkaitan teknologi ( ICT ). Teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) telah mengubah cara beliau melaksanakan perkara yang berkaitan seperti merangka surat untuk memohon menggunakan dewan sekolah bagi menjalankan program yang dianjurkan oleh kelas beliau. Di samping itu, beliau juga dapat menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh gurunya. 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sebelum beliau melibatkan diri dalam kalangan ini, beliau tidak berminat untuk berkunjung ke Pusat Internet kerana agak bimbang petugas Pusat Internet tidak berminat untuk melayan kerenah beliau dengan baik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan berkenaan ICT kerana beliau menyatakan tidak mahir dari segi asas komputer dan beliau tidak yakin serta sangat merendah diri kerana tiada pengetahuan berkenaan pengetahuan ICT berbanding rakan-rakannya yang lain.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Selepas berkunjung ke Pusat Internet, beliau sangat berpuas hati  dengan layanan yang sangat baik dan mesra daripada petugas Pusat internet dan kini beliau sering melibatkan diri dengan kelas-kelas terbuka yang telah dianjurkan oleh pihak petugas Pusat Internet. Melalui kelas latihan yang telah beliau hadiri, beliau telah dibimbing daripada tidak mengenal asas sehingga mahir oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Selatan dan kini beliau agak mahir dalam asas komputer dan ini lebih memudahkan beliau untuk menjadi tunjang yang baik dan positif kepada rakan-rakan serta memudahkan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja sekolah yang melibatkan dengan komputer.

6