BELAJAR ICT, MENAIP DAN KELAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Nor Atrina Binti Mahmad Amran
Umur : 18 tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Cik Nor Atrina Binti Mahmad Amran merupakan seorang anak muda berasal dari Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan salah seorang daripada cucu peneroka di Felda Jenderak Utara dan beliau baru sahaja berjinak-jinak dalam penggunaan komputer dan juga baru sahaja belajar mengunjungi Pusat Internet. Beliau ini juga amat gemar menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Internet Felda Jenderak Selatan.Cik Nor Atrina ini telah berusia 12 tahun dan kini baru sahaja menamatkan pengajiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau pada tahun yang telah sudah. Selepas beliau menjadi ahli di Pusat Internet, beliau sangat giat aktif di dalam setiap program yang telah dianjurkan baik daripada segi sebarang program ilmu serta program yang telah petugas Pusat Internet anjurkan. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet  untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Internet di dalam konteks pembelajaran berkaitan teknologi ( ICT ). Teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) telah mengubah cara beliau melaksanakan perkara yang berkaitan seperti merangka surat rasmi untuk memohon pekerjaan. Di samping itu, beliau juga dapat mambantu adik-adiknya untuk menyiapkan kerja sekolah yang menggunakan komputer. Pendapat beliau, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan dikalangan pelajar sekolah yang menetap di perkampungan agar tidak mundur berbanding pelajar luar bandar dan beliau juga berkata bahawa ilmu ICT amat penting untuk mendapatkan pekerjaan dalam dunia digital pada masa kini.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sebelum beliau melibatkan diri dalam kalangan ini, beliau tidak berminat untuk berkunjung ke Pusat Internet kerana agak bimbang agar petugas Pusat Internet tidak berminat untuk memberi layanan yang baik kepada beliau kerana beliau amat cetek dalam penggunaan komputer mahupun internet. Beliau menyatakan kepada petugas Pusat Internet bahawa beliau sememangnya tidak mahir dari segi asas komputer dan beliau tidak yakin serta sangat merendah diri kerana tiada pengetahuan berkenaan pengetahuan ICT berbanding rakan-rakannya yang lain.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Namun, selepas berkunjung ke Pusat Internet, beliau sangat berpuas hati di atas layanan yang sangat baik dan mesra daripada petugas Pusat internet dan kini beliau sering melibatkan diri dengan kelas-kelas terbuka yang telah dianjurkan oleh pihak petugas Pusat Internet. Melalui kelas latihan yang telah beliau hadiri, beliau telah dibimbing daripada tidak mengenal asas hingga mahir oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Selatan dan kini beliau telahpun mahir dalam asas komputer dan ini lebih memudahkan beliau untuk menjadi tunjang yang baik dan positif terhadap rakan-rakan serta memudahkan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja sekolah yang melibatkan dengan komputer.