BELAJAR ICT, MENAIP DAN KELAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin
Umur : 12 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin merupakan seorang pelajar SK Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan sebahagian daripada anak kakitangan Pusat Konservansi Seladang di Felda Jenderak Selatan dan  beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau telah menjadi ahli PI dengan anggaran lebih kurang 4 tahun dan beliau adalah sebahagian ahli yang rajin dan aktif mengikuti program dan juga aktiviti yang telah dianjurkan baik dari segi program ilmu mahupun program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Selatan. Beliau ini juga amat gemar menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Internet antaranya penggunaan internet untuk mengakses carian dalam  pembelajaran dimana pada era masa ini,pelajar sekolah amat terdedah dengan dalam pemberlajaran ICT untuk e-pembelajaran di  sekolah. Adik Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin ini  berusia 12 tahun dan kini baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan UPSR. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet  untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Internet di dalam konteks pembelajaran berkaitan teknologi ( ICT ). Pendapat beliau, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan dikalangan pelajar sekolah yang menetap di perkampungan agar tidak mundur berbanding pelajar luar bandar dan beliau juga berkata bahawa ilmu ICT amat penting untuk pembelajaran pada masa akan datang dan juga dalam dunia digital pada masa kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum beliau melibatkan diri dalam kalangan ini, beliau tidak berminat untuk berkunjung ke Pusat Internet kerana agak bimbang agar petugas Pusat Internet tidak berminat untuk memberi layanan yang baik kepada beliau kerana beliau amat cetek dalam penggunaan komputer mahupun internet. Beliau menyatakan kepada petugas Pusat Internet bahawa beliau sememangnya tidak mahir dari segi asas komputer dan beliau tidak yakin serta sangat merendah diri kerana tiada pengetahuan berkenaan pengetahuan ICT berbanding rakan-rakannya yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah sekian lama berkunjung dan menggunakan perkhidmatan di  Pusat Internet, beliau sangat berpuas hati di atas layanan yang sangat baik dan mesra daripada petugas Pusat internet dan kini beliau sering melibatkan diri dengan kelas-kelas terbuka yang telah dianjurkan oleh pihak petugas Pusat Internet. Melalui kelas latihan yang telah beliau hadiri, beliau telah dibimbing daripada tidak mengenal asas hingga mahir oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Selatan dan kini beliau telah mahir dalam asas komputer dan ini lebih memudahkan beliau untuk menjadi tunjang yang baik dan positif terhadap rakan-rakan serta memudahkan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja sekolah yang melibatkan dengan penggunaan komputer. Teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) telah mengubah cara beliau melaksanakan perkara yang berkaitan seperti merangka surat, membuat persembahan slaid dari MS Powerpoint serta merangka kerja melalui MS Excel. Selain itu, beliau mempunyai kelebikan yang tersendiri dan  amat kreatif dalam merangka dan menyunting imej dalam penggunaan  Adobe Photoshop dimana beliau amat rajin menggunakan dan meningkatkan lagi kelebihan yang telah dimiliki olehnya.