Di setiap negeri pasti mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri kan ? Di Temerloh ini juga mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri . Pastinya menu masakan tradisi ini sangat sedap kepada penggemarnya . 

Antaranya ialah :-

 

ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN PATIN

 

P6080471

ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN PATIN ini adalah tradisi masakan Pahang yang sememangnya menjadi daya tarikan pengunjung-pengunjung yang berkujung ke negeri Pahang dan makanan ini adalah salah satu makanan yang paling popular di Bandar Temerloh. Tempoyak Patin juga boleh digoreng, singgang, dibakar bersama tempoyak dan dipanggil pais patin.

Bahan – bahan :-

10 ketul ikan patin ( bersaiz sederhana )

3 ulas bawang merah ( jangan terlalu banyak, gulai menjadikan kurang sedap )

1 cm kunyit hidup ( jiak tiada, boleh guna serbuk kunyit sahaja )

3 kuntum bunga kantan ( bersaiz sederhana )

15 tangkai cili padi ( jika tidak mahu pedas, boleh kurangkan )

10 tangkai daun kesum

3 keping asam gelugur @ asam keping

5 sudu tempoyak ( lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat )

air secukupnya ( untuk kuah banyak, masukkan air banyak )

garam secukup rasa

Cara – cara :-

 

  • Basuh ikan patin hingga bersih. ( Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur / asam keping untuk menghilangkan hanyir ikan. ( Buang duri / bisa ikan patin yang terdapat pada insang semasa membasuh ikan )
  • Kisar / bland bawang merah, kunyit hidup dan cili api sehingga hancur dan campurkan sekali tempoyak untuk dikisar. Serai diketuk.
  • Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan satu persatu. ( perlu berhati-hati kerana tekstur isi ikan patin terlalu lembut dan jangan biarkan isi ikan menjadi hancur )
  • Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Apabila kuah telah pekat, Gulai Tempoyak Ikan Patin boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

 


MASAK LEMAK KULAT SISIR

 

masak-lemak-kulat-sisir

 

Bahan – Bahan :-

2 cawan kulat sisir / kulat kukur kering
15 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
2 batang serai ~ dititik 
900 ml santan sederhana pekat
garam & serbuk perasa secukupnya 

Cara – cara :-

  • Kulat sisir dibersihkan dari segala kotoran. Potong / buang kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam. Rendam sekali lagi & lakukan seperti tadi supaya semua kotoran yang melekat pada kulat terpisah. Cucurkan kulat di bawah air paip & toskan airnya. 
  • Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur. 
  • Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya. 
  • Masak menggunakan api sederhana sambil sentiasa dikacau.
  • Masukkan 1 keping asam gelugur. 
  • Apabila siap dimasak, makanan ini boleh dihidangkan dan dimakan.

 


SAMBAL TEMPOYAK MASAK PETAI 

 

sambal tempoyak petai

 

Bahan – bahan :-
 
2 papan petai
2 batang serai, diketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar pati santan
3 sudu besar tempoyak
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung
1/2 inci kunyit hidup

Cara – cara :-

  • Petai diambil isinya, cuci dan toskan airnya.
  • Panaskan 4 sudu besar minyak dalam kuali.
  • Tumis serai dan bahan yang ditumbuk hancur hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing dan naik minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan tempoyak, kacau rata dan masukkan air. Biar mendidih.
  • Masukkan petai dan masak sekejap. Kacau rata.
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Masak sedikit lagi sehingga kuahnya menjadi pekat. Mati
  • Jika rasanya sudah okay, makanan ini boleh hidangkan bersama nasi panas.